Saido Berahino Antara Pemain Bakal Dihadapi Indonesia Dalam Aksi Bertemu Burundi

Indonesia bakal memulakan aksi persahabatan mereka tahun ini dengan menjadikan Burundi sebagai lawan mereka tidak lama lagi bermula 25 dan 28 Mac di laman sendiri.

Dua kali pertemuan bersama negara tersebut, pastinya memberi suatu kelebihan buat Shin Tae-yong untuk menguji pasukan kendaliannya sebelum menghadapi beberapa kejohanan penting akan datang.

Untuk info, Burundi merupakan negara yang berasal dari  benua Afrika yang kini menghuni ranking ke-141 dunia dan mempunyai beberapa pemain berkualiti bermain di sekitar Eropah.

Salah seorang pemain paling mencuri tumpuan, pastinya terarah kepada kapten mereka yang dikenali serata dunia dalam kalangan peminat bola sepak dunia iaitu Saido Berahino menurut Bola.com.

Saido mula menyertai skuad kebangsaan Burundi sejak tahun 2018 pada usia 29 tahun, setelah sebelum itu pemain tersebut mewakili skuad pembangunan England dalam tempoh yang agak lama.

Dalam saingan di English Premier League (EPL), Saido mula dikenali setelah aksinya yang memukau pada usia muda dengan menyertai beberapa kelab ternama di sana iaitu West Browwich Albion, Brentford, Stoke City, dan Sheffield Wednesday.

Sepanjang berada di England, Saido telah pun membuktikan ketajaman beliau di hadapan gol dengan mencatat 49 gol secara keseluruhan dalam tempoh 10 tahun untuk pelbagai kejohanan domestik disertai.

Bersama Burundi, Saido baru mencatat satu gol sahaja di pentas antarabangsa daripada 17 perlawanan dihadapi beliau untuk pasukan tersebut.

Selain Saido, negara tersebut turut mempunyai beberapa lagi pemain lain yang mempunyai reputasi hebat di Eropah bersama pasukan masing-masing.

Youssouf Ndayishimiye

Pemain ini boleh dianggap sebagai salah satu kunci utama kekuatan Burundi menerusi prestasi semasa dipamerkan oleh Youssouf buat negara dan kelab diwakili iaitu OGC Nice.

Sebagai pertahanan tengah, Youssouf menggunakan kekuatan fizikal beliau dengan sangat baik untuk menghentikan segala bentuk serangan dicipta pasukan lawan dengan berdisiplin.

Ianya menjadi sesuatu yang sangat baik buat barisan serangan Indonesia untuk menghadapi cabaran daripada para pertahanan Burundi yang bakal diketuai oleh Youssouf.

Jospin Nshimirimana

Jospin merupakan antara pemain muda yang membarisi skuad utama Burundi sejak beberapa tahun ini, ekoran aksi dipamerkan beliau sangat positif.

Pada usia 21 tahun, Jospin sudah pun beraksi di Turkiye bagi saingan divisyen kedua bersama Yeni Matalyaspor sejak dua tahun lalu dan dianggap mempamerkan corak permainan dengan sangat konsisten.

Malah pemain tengah ini juga salah seorang yang sangat berbahaya di hadapan gol, selepas merekodkan lapan gol daripada 10 penampilan bersama Burundi di pentas antarabangsa.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN