Louis Saha: Kualiti Dimiliki Marcus Rashford Setaraf Mbappe

Marcus Rashford

Bekas penyerang Manchester United, Louis Saha menegaskan bahawa Marcus Rashford memiliki kualiti yang sama hebatnya seperti dimiliki tonggak utama Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.

Membuat 23 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, Rasford telah berjaya menjaringkan 14 gol dan turut mencipta empat bantuan jaringan.

Kecederaan belakang yang serius dialami pada bulan Januari lalu bagaimanapun merencatkan usahanya untuk meneruskan rentak cemerlang.

Namun, kempen liga yang terhenti hampir tiga bulan memberikan Rashford peluang untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan tersebut dan beliau kembali diletakkan di kesebelasan utama ketika aksi menentang Tottenham Hotspur tempoh hari.

Saha yang beraksi bersama Manchester United pada musim 2003/04 hingga 2007/08 dalam pada itu turut melihat kedua-dua pemain tersebut telah menikmati musim yang hebat dalam kempen liga yang dihadapi masing-masing.

”Mereka berdua merupakan pemain yang sangat pantas, mereka mempunyai kemampuan teknikal untuk keluar dari situasi di mana mereka dikepung oleh dua atau tiga orang pemain pertahanan.”

”Dari aspek kedudukan, Marcus dan Kylian lebih kurang sama. Mereka gemar untuk bermain dengan lebih ‘wide’ dan juga beraksi lebih atas. Kekuatan Kylian adalah dia sangat ‘direct’ pada setiap masa. Dia tidak akan berfikir dua kali.”

”Apabila dia melakukan larian, anda perlu untuk memberikan bola kepadanya, dia sungguh pantas. Keadaan itu adalah sesuatu yang kita dapat lihat daripada Rashford,” ujar Saha menurut laporan Goal.

”Ketika dia bermula, dia akan bertanyakan kepada pertahanan – ‘adalah kamu cukup laju dan bagus untuk menjaga saya untuk 90 minit perlawanan?”

”Daripada segi kualiti, mereka sememangnya berada dalam lingkungan yang sama. Mbappe telah berjaya mencapai lebih konsisten dan mendekati permainan tanpa perlu berfikir panjang.”

”Bersama United, Rashford telah menjadi sebahagian daripada proses transisi pasukan, jadi dia tidak dapat menyerlahkan dirinya. Dia harus menjadi pemimpin walaupun itu bukanlah kekuatan utamanya.”

”Dia perlu untuk membina kualiti di mana bukan merupakan fokus utamanya. Mbappe telah menggunakan kesempatan kerana dia dapat bermain dengan pemain PSG yang berada di tahap paling atas, jadi dia dapat membangunkan keyakinan dan cuba melakukan perkara lain, landasan yang tidak dimiliki Rashford pada ketika ini,” tambah Louis Saha lagi.

Kredit featured image: Catherine Steenkeste/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Marcus Rashford:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN