Sah Warganegara Malaysia, Sumareh Sedia Sarung Jersi Harimau Malaya

Adakah pemain sayap Pahang FA, Mohamadou Sumareh bakal menyarung jersi Harimau malaya pada masa hadapan?

Tidak ada perkara yang mustahil kepada situasi Sumareh pada hari ini, jika status warganegara beliau diambil kira.

Photo by : Norazmi Ibrahim | www.asiana.my

Laporan daripada Vocket FC beberapa hari yang lalu melaporkan bahawa penyerang import berasal dari Gambia itu sudahpun sah menjadi warganegara Malaysia.

Sumareh ketika dihubungi oleh Vocket turut mengesahkan perkara berkenaan apabila berkata beliau bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk membantu pasukan negara, sekiranya khidmat beliau diperlukan oleh Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Selain daripada laporan oleh Vocket FC, perkara tersebut turut disahkan oleh Sumareh sendiri melalui mesej melalui Instagram bersama Bola Malaysia yang turut dikongsikan oleh sebuah laman kelab penyokong pasukan Tok Gajah, ‘pahang_supporters_forever’.

Walaupun difahamkan Sumareh sudah memperolehi kad pengenalan dan juga passport Malaysia, keberadaan Sumareh di dalam skuad kebangsaan adalah terpulang kepada budi bicara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini adalah kerana FAM sebelum ini pernah menetapkan hanya pemain kacukan (berdarah campuran) sahaja yang diberi pertimbangan untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Sumareh / kredit foto: Asiana.m

Di dalam kes Sumareh, pemain sayap yang turut pernah beraksi bersama PDRM FA dan Perlis FA itu dianggap sebagai pemain naturalisasi.

Berkenaan dengan status pemain tersebut sebagai pemain import skuad kendalian Dollah Salleh, perkara tersebut dijangka kekal sehingga Liga Malaysia pada musim ini tamat.

Bagaimanapun, Sumareh boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan mulai musim hadapan.

Sumber: FAM

Pada pendapat penulis, pemain naturalisasi seperti Sumareh seharusnya diberikan peluang yang sewajarnya untuk menganggotai pasukan kebangsaan.

Mungkinkah FAM akan mengubah polisi pengambilan pemain naturalisasi pada masa hadapan? Atau mungkinkah FAM terlebih dahulu perlu melakukan temuduga terhadap pemain seperti Sumareh untuk memastikan komitmen mereka?

Semuanya terpulang kepada FAM. Satu perkara yang pasti ialah kita telah diberikan pilihan dan cara untuk memperkasakan skuad negara sedia ada.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN