Sah Tidak Bersama Negeri Sembilan, Ke Mana Destinasi Terbaharu Shahrel Fikri?

Negeri Sembilan secara rasminya melepaskan penyerang tempatan mereka pada musim lalu iaitu Shahrel Fikri, dengan pemain tersebut masih belum diketahui lagi statusnya bersama kelab baharu bagi saingan hadapan.

Ianya diumumkan sendiri menerusi media sosial rasmi Negeri Sembilan semalam dengan ucapan terima kasih diberikan kepada Shahrel atas sumbangan beliau bersama mereka pada tahun lalu.

Sepanjang bersama Negeri Sembilan pada tahun lalu, Shahrel telah pun mencipta 19 penampilan bersama aksi cukup menyakinkan walaupun terpaksa berehat seketika pada pertengahan musim akibat kecederaan.

Bersama skuad Hoben Jang Hoben, Shahrel yang beraksi di posisi penyerang telah pun meledak tujuh gol bersama dua bantuan jaringan secara keseluruhan.

Aspek kualiti penyudah dimiliki beliau jelas tidak boleh diragui lagi selain berkebolehan beraksi di beberapa posisi serangan lain seperti sayap kiri serta penyerang kedua mengikut kesesuaian taktikal.

“Selamat tinggal, Shahrel Fikri. Terima kasih Eky atas segala sumbangan, semangat, dedikasi dan komitmen sepanjang bersama Negeri Sembilan FC.

“Beliau tidak akan bersama skuad Jang untuk musim 2024. Eky telah menjaringkan 5 gol sepanjang beraksi bersama Negeri Sembilan FC. Semoga berjaya di masa hadapan,” jelas kenyataan tersebut.

Sehingga kini, masih tiada sebarang pendedahan rasmi mengenai destinasi seterusnya buat penyerang Harimau Malaya tersebut pada saingan musim 2024/2025.

Walaupun begitu, ada ura-ura di media sosial menyatakan Shahrel berkemungkinan bakal menyertai Sri Pahang dalam usaha pasukan tersebut untk memperkukuhkan aspek serangan.

Malah, rata-rata komen para penyokong di media sosial turut menyatakan Tok Gajah hampir pasti untuk mengikat Shahrel bagi saingan hadapan.

Hadir dengan beberapa rombakan dalam kalangan pemain, Sri Pahang sebelum ini menjadi antara pasukan paling aktif menandatangani pemain-pemain baharu untuk saingan hadapan.

Di posisi serangan, Tok Gajah telah pun menandatangani khidmat penyerang import dari Ukraine iaitu Mykola Ahapov serta Manuel Hidalgo dengan status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Malah, skuad kendalian Fandi Ahmad sebelum ini juga berjaya menandatangani bekas penyerang Negeri Sembilan iaitu Sean Selvaraj bagi saingan musim 2024/2025.

Selain Sri Pahang, laporan di media sosial terdahulu turut melaporkan Kuala Lumpur City (KL City) serta Perak turut mempamerkan rasa minat mendapatkan penyerang bertubuh tegap itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN