Penantian penyokong Barcelona berakhir selepas Memphis Depay secara rasmi diumumkan sebagai pemain baharu kelab La Liga tersebut menerusi perpindahan percuma dari Lyon.
Bekas pemain Manchester United itu dilaporkan akan tiba pada bulan depan dan telah bersetuju dengan kontrak selama dua tahun bersama kelab Catalan berkenaan.
🇳🇱 Welcome to the blaugrana family 💙❤️#MemphisCuler pic.twitter.com/AGg6T6Mi2O
— FC Barcelona (@FCBarcelona) June 19, 2021
“FC Barcelona dan Memphis Depay mencapai persetujuan menyertai kelab selepas kontraknya dengan Olympique de Lyon berakhir. Beliau akan menandatangani kontrak sehingga hujung musim 2022/23,” menurut kenyataan rasmi Barcelona.
Depay menjadi pemain ketiga yang diikat secara percuma dalam jendela perpindahan kali ini selepas turut berjaya membawa masuk Sergio Aguero dan Eric Garcia dari Manchester City.
Strategi mendapatkan pemain secara percuma terpaksa dilakukan oleh pihak pengurusan kelab ekoran bebanan hutang yang tinggi disebabkan keadaan kewangan yang semakin kritikal ekoran pendemik yang melanda sejak lebih setahun yang lalu.
Apakah yang boleh disumbangkan oleh Depay untuk Barcelona?
Hubungan baik dengan Koeman
Antara perkara awal yang perlu dilakukan oleh seorang pemain di kelab baharunya adalah meyakinkan pengurusnya. Maka perkara ini tentunya tidak menjadi masalah buat Depay memandangkan beliau sudah bekerjasama dengan baik ketika bekerjasama dalam skuad kebangsaan Belanda sebelum ini.
🗣️ Ronald Koeman: “Memphis Depay's signing is almost there. I wanted him in January. We know what we can do together.” pic.twitter.com/m9bf9JVFAY
— Barça Worldwide (@BarcaWorldwide) June 17, 2021
Sepanjang Koeman melatih Belanda dari 2018 hingga 2020, Depay cukup menyinar dengna menjaringkan 11 gol dan mencipta 12 jaringan untuk pasukan negaranya hanya dalam 18 penampilan.
Maka keserasian itu diharapkan dapat diteruskan di Barcelona di samping seorang lagi rakan sepasukannya di skuad kebangsaan Frenkie de Jong.
Bukan nombor 9
Ada yang beranggapan Depay bakal menjadi pemain seperti Luis Suarez yang sebelum ini bertindak sebagai penyerang tengah di Barcelona. Walaupun beliau boleh bermain dengan baik di posisi itu, etapi itu bukanlah posisi terbaiknya.
Pemain berusia 26 tahun itu merupakan seorang pemain kreatif dan secara semula jadinya berfungsi dengan baik sama ada sebagai penjaring gol atau pencipta jaringan.
Kebolehannya untuk beraksi sebagai penyerang, sayap kiri mahupun pemain tengah menyerang mejadikan beliau seorang pemain yang amat unik.
"look at Lyon line ups" Okay, that explains everything 😂
Btw here's Depay's heatmap playing at Lyon. Now tell me with a straight face that he plays as a 9. pic.twitter.com/iJ1hH26ksU
— CRUYFFIAN (@TheCruyffian) December 15, 2020
Berdasarkan statistiknya bersama Lyon, jelas Depay boleh bertindak sebagai tonggak utama di mana-mana bahagian serangan dengan terlibat dalam 131 gol daripada 178 perlawanan (76 gol dan 55 bantuan jaringan).
Kreatif dan serba boleh
Di bawah bimbingan Rudi Garcia di Lyon, di atas kertas Depay diletakkan di posisi sayap kiri dalam formasi 3-4-1-2, namun beliau diberi kebebasan untuk memainkan peranan di beberapa posisi berbeza.
Beliau juga mempunyai statistik lebih baik dari segi menggelecek melepasi pemain lawan serta jumlah hantaran ke dalam kotak penalti.
Barcelona sudah cukup terkenal dengan formasi 4-3-3, namun pada musim ini Koeman telah beberapa kali bertindak mengubah formasinya. Bagaimanapun sistem yang kerap digunakan adalah 4-2-3-1.
Sementara De Jong, Miralem Pjanic dan Sergio Busquets bertindak sebagai pivot berganda di bahagian tengah. Kehadiran Depay tentunya menambah lagi kekuatan pasukan di bahagian serangan yang sudah pun padat dengan pemain-pemain berprofil tinggi.
Kini Koeman perlu memikirkan bagaimana mahu memanfaatkan sepenuhnya penyerang seperti Lionel Messi, Antoine Griezmann, Philippe Coutinho. Itu tidak termasuk pemain-pemain muda berkualiti seperti Ansu Fati, Pedri, Ousmane Dembele dan Francisco Trincao.
Messi × Depay Linkup would Be Mad 🔥🔥
I'm So Gassed 🥵 pic.twitter.com/ineNPcyfRl— 𝙈𝙉𝙀. (@fcbManii) June 13, 2021
Sama ada 4-2-3-1 atau 4-3-3, apa yang pasti Depay adalah pemain yang diharapkan boleh bermain di setiap posisi dalam formasi tersebut.
Penutup
Depay pastinya mahu membuktikan beliau mampu mencipta impak di kelab besar selepas berdepan kegagalan sepanjang dua musim di Manchester United.
Persembahan cemerlangnya di Euro 2020 termasuk menjaringkan gol ketika menundukkan Austria tempoh hari menunjukkan beliau kini di berada pada usia kemuncak dan kematangan dalam karier seorang pemain bola sepak profesional.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
[VIDEO]: Cristiano Ronaldo Berlari Sepantas 32KM/J Untuk Gol Pertama Portugal
Diajar Jerman Tanpa Ampun, Portugal Hasilkan 3 Rekod Mengaibkan Euro 2020 Sekaligus
Penjelasan Mengenai ICD, Teknologi Yang Memungkinkan Eriksen Kembali Beraksi