Acara bola sepak bagi Sukan SEA 2023 yang membabitkan skuad kebangsaan bawah 22 (B-22) bakal bermula pada hari esok dengan pertemuan sulung mereka menentang Laos di Kemboja.
Tampil dengan barisan pemain serba baharu bawah kendalian E. Elavarasan, pastinya Malaysia mempunyai sasaran lebih baik berbanding saingan tahun lalu.
Senarai Akhir 20 Pemain Harimau Malaya B-22 Ke Sukan Sea 2023 Di Phnom Penh, Kemboja Bermula 3 Mei Ini
Baca penuh di https://t.co/tQuVJxbjyW#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/wsYOq3d1lJ
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 1, 2023
Menurut Safwan Mazlan yang merupakan antara tonggak utama skuad B-22 negara, beliau enggan kempunan lagi seperti tahun lalu, selepas mereka gagal untuk meraih sebarang pingat.
Menerusi momentum semasa pasukan, Safwan percaya skuad kendalian Elavarasan kali ini mampu untuk memperbaiki rekod lebih baik berbanding tahun lalu dengan sasaran tersendiri diletakkan beliau.
Para pemain yang dipanggil kali ini rata-rata jauh lebih seimbang serta mampu memberi persaingan sengit untuk mengatasi pihak lawan yang bertanding berdasarkan pemerhatian bintang muda ini.
“Bagi saya kami akan buat lebih baik dari Sukan Sea edisi lepas di mana kami kalah pada perlawanan untuk pingat gangsa dengan Indonesia.
“InsyaAllah pada edisi kali ini kami akan buat lebih baik lagi,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Arena Metro mengenai persiapan semasa beliau bersama pasukan.
Malaysia dilihat berada pada laluan yang sangat berliku pada saingan kali ini, selepas diletakkan bersama kumpulan maut diwakili oleh pasukan-pasukan pilihan.
Diletakkan dalam Kumpulan B, Malaysia bakal berhadapan cabaran getir untuk bertemu Vietnam, Thailand, Laos, serta Singapura sebelum melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Menyedari laluan yang berliku itu, Safwan menyedari ianya bukan suatu tugas mudah buat mereka untuk mengatasi lawan, namun tetap positif untuk memberi yang terbaik.
Skuad Harimau Malaya B-22 kendalian E. Elavarasan menjalani sesi latihan terakhir di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
Baca penuh di https://t.co/m0ibc0WF9W#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/y5MDUIFE9p
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 1, 2023
“Mungkin tahun ini lebih mencabar lagi daripada tahun lepas sebab dalam kumpulan kami akan bertemu dengan Vietnam Thailand Laos dan Singapura.
“Bagi saya dan pasukan memang nampak macam agak ‘struggle’ nak menang,” katanya lagi.
Sebelum itu, Malaysia B-22 tampil dengan persiapan menyakinkan setelah mereka muncul selaku juara dalam saingan Merlion Cup yang diadakan di Singapura bulan lalu.
Tampil dengan corak permainan menyakinkan, para penyokong negara berharap agar Malaysia mampu mencipta sejarah baharu dalam saingan Sukan SEA tahun ini.