Beliau sudah menjulang kesemua piala yang beliau sertai dalam karier sebagai pemain bola sepak di peringkat kelab termasuk Piala AFC.
Namun Safiq Rahim masih belum pernah merasa beraksi di pentas AFC Champions League yang menjadi idaman beliau sebelum bersara.
Beliau memberitahu yang beliau semakin menghampiri persaraan beliau daripada kancah bola sepak dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi.
“Saya mahu bermain dia ACL, ini impian dan sasaran peribadi saya dalam karier. Saya mahu beraksi di peringkat kumpulan ACL sebelum bersara dalam 2 atau 3 tahun lagi.”
JDT akan berhadapan dengan Muangthong pada perlawanan kelayakan ACL pusingan kedua. Safiq Rahim kali ini yakin mereka akan melakukannya lebih baik dengan skuad yang penuh.
Bercakap kepada wartawan, Safiq berkata:
“Kami sudah bersedia menentang Muangthong. Kami tahu mereka pasujan yang bagus dan sebelum ini pada 2016 kami sudah pernah bertemu. 2018 adalah cerita berbeza dengan karakter berbeza. Kami mahukan keputusan terbaik.”
“Dahulu kami tidak bermain dengan skuad yang lengkap. Tahun lepas dan tahun ini kami bermain dengan skuad lengkap dan ini memberikan kami lebih keyakinan. Kami lebih bersedia untuk kelayakan kali ini.”
JDT disingkirkan Muangthong daripada pusingan yang sama pada 2016 menerusi aksi cemerlang penjaga gol Kawin Thamsatchanan dalam penentuan sepakan penalti.
https://www.youtube.com/watch?v=SpOiUUi4tHA
Kawin sudah pun sah meninggalkan kelab itu untuk ke Belgium dan Muangthong juga kehilangan khidmat Chanathip Songkrasin.
Safiq Rahim tidak rasa kehilangan 2 pemain itu akan memberikan kelebihan buat JDT kerana Muangthong masih memiliki ramai pemain berkualiti.
JDT akan berhadapan dengan Muangthong pada malam ini dalam perlawanan yang berlangsung di SCG Stadium, Nonthaburi, Thailand.
Format kalah mati 1 perlawanan ini akan menentukan pasukan yang akan berhadapan dengan pasukan Kashiwa Reysol dari Jepun untuk pusingan penentuan (play-off) ke ACL 2018.
JDT sudah melakukan persiapan terbaik untuk kali ini. Mereka juga sudah melakukan beberapa perlawanan persahabatan dengan menggandingkan beberapa pemain baru mereka termasuk Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa yang kembali semula ke dalam pasukan.
Musim lalu, JDT melepas pusingan kelayakan ini tetapi gagal dalam perlawanan menentang Gamba Osaka.
Kami di semuanyaBOLA mengucapkan selamat maju jaya untuk wakil dari Malaysia, JDT. Semoga beroleh kemenangan.