Adakah Ini Petanda Awal Bahawa Safiq Rahim Bakal Kembali Ke Skuad Kebangsaan?

Beberapa jam yang lalu, kami dimaklumkan Dato’ Hamidin Mohd Amin dan pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee dikesan berada di Johor Bharu.

Mereka juga dilihat bertemu dengan bekas kapten kebangsaan, Safiq Rahim di sebuah lokasi.

Ini telah membawa kepada persoalan, apakah perjumpaan ini atas dasar peribadi, suka-suka sambil minum-minum dengan Safiq Rahim?

Mungkin alang-alang sudah berada di JB, jadi apa salahnya luangkan masa bertemu.

Datuk Ong Kim Swee sebelum ini masih belum kembali ke Kuala Lumpur kembali kerana urusan keluarga selepas ayahnya meninggal dunia baru-baru ini.

Beliau hanya akan kembali ke sesi latihan pasukan kebangsaan pada selasa ini. Buat masa ini, sesi latihan adalah dikendalikan oleh pembantu beliau.

Ataupun pertemuan ini adalah bayangan potensi kepulangan semula bekas kapten kebangsaan Safiq Rahim ke kem Harimau Malaysia?

Dalam erti kata lain, Safiq Rahim keluar dari persaraan untuk menyarung jersi Harimau Malaysia.

Gambar ini adalah gambar kereta dipercayai milik Dato’ Hamidin Mohd Amin.

Satu pertemuan di antara Safiq Rahim, Hamidin dan Ong Kim Swee telah diadakan di sebuah restoran yang berdekatan dengan Padang Seri Gelam sebentar tadi.

Pada Julai tahun lalu, Safiq Rahim dan beberapa pemain senior kebangsaan telah mengumumkan persaraan daripada peringkat antarabangsa.

Ia memberikan tamparan hebat kepada persediaan Malaysia untuk Piala AFF Suzuki.

Beberapa minggu lalu, Safiq Rahim juga tidak menolak sebarang kemungkinan untuk kembali ke skuad kebangsaan.

Buat masa ini, sama-sama kita menunggu jika pertemuan ini membawa kepada isu kepulangan Safiq Rahim ke kem kebangsaan.

Ataupun mungkin ia hanya pertemuan santai serta tidak ada kaitan dengan isu kembali dari persaraan antarabangsa.

Ong Kim Swee dalam proses untuk menyediakan skuad untuk behadapan dengan Filipina.

Perlawanan kelayakan Piala Asia dengan Korea Utara pula telah ditangguhkan selepas ketegangan diplomatik.

Baca juga :Kazuyoshi Miura Pecah Rekod Dunia, Jadi Penjaring Tertua Di Usia 50 Tahun

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN