Safiq Rahim Diumumkan Pemain Baharu Baharu Melaka United

Melaka United Soccer Association (MUSA) sebentar tadi mengumumkan Safiq Rahim sebagai pemain baharu mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2019.

Ini merupakan pasukan keempat yang pernah disertai Safiq selepas Selangor, KL Plus FC, dan JDT sepanjang karier profesional beliau.

Spekulasi terjawab

Pengumuman tersebut akhirnya menjawab segala spekulasi mengenai pemain tersebut, yang turut dikaitkan akan beraksi di luar negara selepas sah meninggalkan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim pada penghujung musim lalu.

Antara pasukan lain yang turut dikaitkan dengan Safiq sebelum ini ialah PKNS FC dan Selangor.

Kedah turut mendedahkan Safiq pernah menghubungi mereka untuk beraksi bersama kelab dari utara tanah air itu.

“Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) mengucapkan selamat datang kepada bekas kapten Skuad Bolasepak Kebangsaan, Safiq Rahim ke Melaka United,” ujar kenyataan dari MUSA mengalu-alukan ketibaan pemain tersebut melalui rangkaian media sosial mereka.

Pemain berpengalaman

Selepas mengesahkan Safiq Rahim sebagai pemain baharu mereka pada musim akan datang, ini bermakna Melaka United berjaya menandatangani salah seorang pemain berpengalaman di saingan Liga Malaysia.

Karier Safiq Rahim bermula bersama Selangor, sebelum dilamar oleh JDT pada Disember 2012.

Bersama kelab di selatan tanah air itu, Safiq membantu JDT mengumpul lima kejuaraan Liga Super, satu trofi Piala FA, satu trofi Piala Malaysia, tiga kejuaraan Piala Sumbangsih – dan yang paling dikenang ialah memimpin JDT muncul juara Piala AFC pada 2015.

Safiq Rahim bersama anugerah MVP Piala AFC 2015.

Di peringkat antarabangsa pula, Safiq merupakan tunjang kepada pasukan negara yang bergelar juara Piala AFF Suzuki pada 2010, dan pingat emas di Sukan SEA 2009.

Ini bermakna Melaka United berjaya memikat pemain paling lengkap dari segi koleksi kejuaraan di negara ini.

Apa yang boleh kita jangkakan?

Tidak syak lagi, Safiq Rahim akan memberi pengaruh yang besar di bahagian tengah Melaka United pada musim hadapan.

Kelebihan utama Safiq Rahim ialah keupayaan beliau beraksi di pelbagai posisi di bahagian tengah. Ini bermakna Melaka United mempunyai pilihan untuk meletakkan pemain ini di bahagian tengah bertahan (defensive midfielder), pemain tengah klasik, sebagai pemain tengah menyerang, ataupun sebagai pemain No10 dan penyerang kedua jika keadaan memerlukan.

(Photo credit should read MOHD RASFAN/AFP/Getty Images)

Sebagai seorang pemain tengah yang boleh dikategorikan sebagai all-rounder, Safiq sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk beraksi di mana-mana posisi di bahagian tengah. Ia merupakan satu kelebihan yang amat positif bagi Melaka United.

Akhir sekali, kami juga mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Safiq Rahim dan Melaka United bagi saingan musim akan datang.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN