Safiq Rahim Digantung 1 Perlawanan, Terlepas Aksi Pertama Di Buriram

Kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim harus menarik nafas lega selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan pemain berusia 30 tahun tersebut hanya digantung satu perlawanan antarabangsa membabitkan pasukan Malaysia.

Safiq Rahim dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana tindakan ‘stamping’ yang dilakukannya ke atas pemain Hong Kong, Daniel Rodriguez dalam perlawanan kelayakan Piala Asia pada 10 Oktober yang lalu.

Safiq Rahim meninggalkan beban kepada rakan sepasukan selepas dilayangkan kad merah. Foto: Asiana.my

Malaysia tewas 2-0 kepada Hong Kong dalam perlawanan tersebut, menyaksikan skuad negara beraksi dengan 10 pemain hampir sejam tempoh perlawanan setelah kapten skuad negara itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 perlawanan.

Kebiasaannya kekasaran sebegitu akan dinilai kembali oleh jawatankuasa pertandingan dan boleh mengakibatkan seseorang pemain digantung melebihi 1 perlawanan.

Selain daripada pergantungan 1 perlawanan, Safiq Rahim turut dikenakan denda sebanyak RM4,200 (USD 1,000) oleh jawatankuasa disiplin badan bola sepak Asia tersebut.

Pergantungan 1 perlawanan tersebut bermakna Safiq Rahim akan terlepas perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia yang seterusnya. Malaysia dijadualkan bertemu dengan Korea Utara dalam untuk perlawanan yang seterusnya.

Perlawanan membabitkan skuad Harimau Malaya dan Korea Utara sebelum ini dijadualkan berlangsung di Pyongyang, telah ditangguhkan beberapa kali disebabkan isu diplomatik dan keselamatan.

Ini mengundang AFC untuk memutuskan 2 perlawanan timbal balik membabitkan kedua-dua pasukan diadakan di Thailand sebagai venue neutral dengan Stadium I-Mobile, Buriram telah menjadi gelanggang pilihan AFC.

Safiq Rahim akan terlepas perlawanan menentang Korea Utara yang dijadualkan pada 10 November, namun dijangka akan kembali mengetuai cabaran negara 3 hari berikutnya menentang lawan yang sama.

Safiq Rahim yang tampil lebih daripada 70 kali bersama skuad Harimau Malaya adalah salah seorang tongak utama dalam perancangan Nelo Vingada.

(Photo credit should read JUNG YEON-JE/AFP/Getty Images)

2 perlawanan menentang Korea Utara tersebut adalah perlawanan penting untuk menghidupkan kembali peluang negara untuk melayakkan diri ke Piala Asia pada 2019.

Pada masa ini, Malaysia menduduki kedudukan terbawah Kumpulan B dengan hanya berbekalkan 1 mata selepas mengharungi 3 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN