Safee Sali Ingatkan PFA Agar Lunas Gaji Seperti Dijanjikan

Belum pun sepak mula Liga Malaysia bermula, pemain bintang Perlis, Safee Sali sudah membangkitkan isu bayaran gaji. Ini kerana Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berjanji untuk melunaskan gaji mereka sebelum sepak mula pada Jumaat ini.

Sebelum ini Perlis didesak oleh 18 pemain PNL 2 yang menuntut tunggakan gaji mereka. Ada tunggakan gaji di Perlis dari musim 2016 lagi.

Kemelut tunggakan gaji di Perlis merencatkan sedikit persiapan Perlis musim ini selepas peminat mereka teruja dengan kehadiran ramai bintang baru dalam pasukan.

Safee Sali menandatangani kontrak selama setahun dengan skuad singa utara. FOTO: PFA

Pada 28 Disember 2018, PFA berjanji akan melunaskan gaji pemain dalam tempoh 60 hari. Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit sebelum ini mengkritik tindakan pemain menggunakan media untuk membangkitkan isu gaji. Beliau berpendapat tindakan itu membuatkan Perlis hilang penajaan yang bernilai jutaan ringgit.

Namun begitu Safee Sali tegas dalam pendirian beliau dan bercakap kepada media. Dipetik daripada Stadium Astro, Safee Sali menegaskan bahawa PFA sudah berjanji akan menyelesaikan gaji mereka sebelum bulan hadapan. Oleh itu mereka perlu menepatinya.

“Saya masih menunggu dan mengharapkan sesuatu akan dilakukan menjelang hujung bulan ini,” tambah Safee lagi.

Safee menyatakan beliau akan sentiasa bersama-sama dengan rakan-rakan beliau sekiranya mereka dilanda masalah tunggakan gaji. Beliau berjanji akan cuba memastikan para pemain akan memastikan mereka tidak dilanda masalah tunggakan gaji.

Dan jika perkara itu berlaku Safee Sali bertekad akan melakukan sesuatu agar gaji mereka dibayar.

“Apa-apa masalah yang dihadapi mereka perlu diselesaikan tanpa menjejaskan pemain musim ini,” kata beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN