Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali dikhabarkan hampir pasti meleraikan ikatan bersama skuad Singa Utara susulan isu tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu sejak bulan lepas.
Sejak kelmarin, tular di media sosial mengenai gambar beliau dan penjaga gol Perlis bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Red Warriors (KRW), Fazli Mohamad, sekaligus menguatkan lagi khabar angin penghijrahan beliau ke Kota Bharu.
Menjelang pintu perpindahan #LigaPerdana2019 yang bakal ditutup tak lama lagi.
🔜 Jersi nombor 9 yang masih lagi kosong menimbulkan tanda tanya. Hari ini, CEO Krw Sdn Bhd 'borak santai' bersama Safee Sali 🤔
Coincidence? 👀
📷: Zuraimi Zukri#Trw2019 #TransferRumour pic.twitter.com/rpWkAAMfeo
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) February 5, 2019
Bercakap kepada Stadium Astro, ketika ditemui selepas latihan skuad Perlis semalam enggan memberi komen lanjut dan menafikan beliau akan menyertai skuad The Red Warriors dalam masa terdekat.
“Itu mungkin satu perjumpaan minum kopi kerana semalam adalah hari cuti dan saya tidak ada sesi latihan, jadi saya dapat bertemu individu tersebut,” kata Safee.
Menurut sumber, difahamkan perlawanan menentang UiTM FC esok bakal menjadi perlawanan terakhir Safee dan rakan-rakan seandainya gaji yang dituntut sejak Disember masih belum dilangsaikan.
Selain safee, pemain sayap, Khyril Muhaimeen Zambri, dan pertahanan, Nasriq Baharom, turut dijangka angkat kaki manakala pemain tengah, Badhri Radzi dilihat sedang bersama pemain pasukan Kelantan United.
Kelantan United transfer in soon? 👀 pic.twitter.com/6MQcUWR4E3
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) February 5, 2019
“Macam-macam gambar saya boleh keluarkan dan itu hanya sekadar gambar. Orang ramai boleh katakan apa sahaja. Untuk tahu sebarang perkembangan, saya akan cakap melalui media semasa.
“Apa yang penting, saya ingin fokus bersama Perlis dan menghormati kontrak yang telah ditandatangan,” tambah Safee.