Safee Sali Bakal Perkuatkan Jentera Serangan Petaling Jaya City

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali dilihat menjalani sesi latihan bersama kelab Petaling Jaya City FC di padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) petang semalam.

Meskipun belum ada pengumuman rasmi namun gambar beliau bersama kelab tersebut tular di media sosial sekaligus mengesahkan beliau akan menyertai skuad kendalian K. Devan yang beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Bercakap kepada Berita Harian, penyertaannya bersama PJ City dilihat bagaikan ‘nyawa kedua’ dalam karier profesionalnya setelah dibelenggu dengan masalah tunggakan gaji dengan pasukan Perlis FA.

“Apa yang berlaku sebenarnya ada pro dan kontra dan mungkin ini satu peluang dan ruang kepada saya. Sekarang saya mahu fokus dengan kelab baharu dan ingin lupakannya (masalah di Perlis) secepat mungkin.

“Jadi selepas ini saya harap dapat beraksi dengan lebih tenang. Saya mahu beri fokus sebagai pemain bola sepak dan yang lebih utama saya akan memikirkan soal prestasi atas padang,” katanya kepada wartawan BH.

PJ City dijangka membuat pengumuman rasmi hari ini mengenai kemasukan dua pemain baharu mereka  dan kelab tersebut kelihatan begitu serius mahu menjadi pencabar dalam saingan Liga Super musim ini.

Safee bagaimanapun  mendoakan yang terbaik kepada bekas rakan sepasukannya di Perlis dan berharap mereka terus berjaya pada masa yang akan datang.

“Saya doakan mereka berjaya dalam saingan Liga Perdana. Saya sudah tiada lagi (bersama Perlis) dan saya hanya mampu doakan mereka terus berjaya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN