Safawi Rasid Seru Pemain Liga M Keluar Dari Zon Selesa

Pemain lincah negara iaitu Safawi Rasid tampil menyeru pemain tempatan Liga Malaysia (Liga M) untuk keluar daripada zon selesa jika berhajat ingin mewakili pasukan Harimau Malaya masa akan datang.

Umum mengetahui perubahan sedang berlaku buat kem kebangsaan kini dengan jangkaan beberapa pemain warisan dan naturalisasi bakal didaftarkan demi memperkukuhkan Malaysia di pentas antarabangsa.

Seperti dinyatakan oleh Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebelum itu, lebih kurang enam hingga tujuh pemain warisan bakal menyertai Harimau Malaya.

“Kami telah mengenalpasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini.

“Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” jelas kenyataan baginda di media sosial X terdahulu.

Pemain Tempatan Tak Boleh Lagi Berada Di Zon Selesa

Selain pemain warisan, ada laporan menyatakan calon naturalisasi juga bakal menyarung jersi pasukan kebangsaan dengan penyerang berbisa dari Brazil iaitu Bergson da Silva serta Manuel Hidalgo antara nama disebut-sebut.

Melihat kepada situasi tersebut, sudah tentu ramai tertanya-tanya tentang nasib pemain tempatan khususnya mereka yang beraksi di saingan Liga M untuk cuba mendapatkan tempat bersama kem kebangsaan.

Menurut Safawi, pemain tempatan perlu mempamerkan aksi terbaik untuk mewujudkan persaingan sengit demi meraih tempat untuk Harimau Malaya.

“Bagi saya kehadiran pemain warisan baru adalah satu cabaran buat pemain tempatan untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan.

“Apa jua keputusan terserah kepada jurulatih untuk memilih dan bagi kita adalah beraksi sebaik mungkin dalam liga. Jika ada peluang mungkin akan dipanggil.

“Pada saya, semuanya sama saja cuma sebagai pemain perlu jaringkan lebih banyak gol dan pamerkan aksi terbaik,” kata Safawi menerusi perkongsian Harian Metro.

Pada masa sama, pemain Kuala Lumpur City iaitu Brendan Gan mengambil positif selepas melihat perkembangan semasa dalam kalangan pemain Malaysia pada masa hadapan.

“Dan saya percaya itu sangat penting untuk mempunyai penanda aras apa yang kita mahu capai. Saya fikir kumpulan pemain ini akan beraksi dengan baik bersama pengurusan dan staf kejurulatihan baru,” kata beliau pula.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN