Safawi Rasid Sebaris Chanathip Di Piala AFF, Raih Anugerah Penjaring Terbanyak

Safawi Rasid, Chanathip Songkrasin, Teerasil Dangda dan Bienvenido Maranon penjaring terbanyak piala aff 2020

Paling kurang ada juga trofi untuk dirai Malaysia apabila penyerang, Safawi Rasid meraih anugerah penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2020 bersama Chanathip Songkrasin, Teerasil Dangda dan Bienvenido Maranon.

Keempat-empat pemain meledak empat jaringan untuk meraih anugerah tersebut. Teerasil dan Chanathip sebenarnya berpeluang besar untuk menambah koleksi jaringan, namun tidak berhasil untuk mereka berdua.

Ia berita gembira sekurang-kurangnya disebalik kempen duka skuad kebangsaan di Piala AFF kali ini apabila tersingkir di peringkat kumpulan. Lebih perit untuk ditelan adalah apabila Harimau Malaya dibelasah Garuda yang jauh lebih muda dan bertenaga dengan keputusan 1-4 dan ia sekaligus mengakhiri kempen negara.

Piala AFF 2020: Indonesia ‘Ganyang’ Malaysia Sepuasnya 4-1

Indonesia pula gah dengan berjaya mara sejauh ke pentas final di saat kita berduka, namun kita pula mampu ‘tersengih’ melihat Indonesia pula dimamah Gajah Perang di pentas final apabila tumbang 0-4 di final pertama, sebelum mengikat lawan itu di final kedua dengan keputusan 2-2, Thailand muncul juara dengan agregat 6-2.

Begitupun, harus diingat, musuh Nusantara kita itu dibarisi pemain yang masih ‘mentah’ berbanding Thailand.

Berbalik kepada anugerah penjaring terbanyak, ini adalah kali pertama ia dikongsi empat pemain. Paling menarik, dua daripada pemain itu mewakili negara yang sudah tersingkir awal iaitu Malaysia dan Filipina.

Namun, ia bukan kali pertama anugerah itu dikongsi. Sebelum ini pada edisi 2000, ia dikongsi dua pemain iaitu Gendut Doni Christiawan (Indonesia) dan Worrawoot Srimaka (Thailand). Ia diikuti pada edisi 2008, dikongsi tiga pemain iaitu Budi Sudarsono (Indonesia), Agu Casmir (Singapura) dan Teerasil Dangda (Thailand).

Safawi Rasid menjadi pemain ketiga negara yang pernah memenangi anugerah tersebut selepas Safee Sali pada edisi 2010 dengan lima gol dan Safiq Rahim pada edisi 2014 dengan enam gol. 3 ‘S’ yang unggul buat skuad kebangsaan. Hanya Safee Sali merasai nikmat meraih anugerah dan menjulang kejuaraan tersebut.

Ia edisi yang kembali mengangkat nama Safawi Rasid yang melalui musim suram selepas pulang dari Portugal. Hatriknya ketika membenam Laos 4-0 tentu akan diingatinya dan para penyokong. Ia respon yang baik selepas sekian lama beliau dikritik semua atas prestasi suramnya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Malaysia.

Sekurang-kurangnya apabila orang sebut pemain yang sudah tiga kali memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai kejohanan termasuk edisi ini, Chanathip Songkrasin, ia akan mengingatkan kepada Safawi Rasid juga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN