Safawi Rasid & Paulo Josue Antara Tumpuan Aksi Terengganu-KL City

All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Loading official content
All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final
Take a look back at Newcastle United’s run to the 2025 Carabao Cup final with all their goals en route to Wembley.
0 seconds of 1 minute, 14 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:14
01:14
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Joshua Kimmich extends his Bayern contract Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video Newcastle United di OneFootball

Saingan Liga Super musim 2024/2025 terus bersambung hari ini dengan ia membabitkan pertemuan antara Terengganu dan Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Atas kertas, kedua pasukan tampak seimbang daripada segi kekuatan untuk nengatasi antara satu sama lain demi mendapatkan tiga mata penting serta memperbaiki kedudukan semasa di carta liga.

Namun, sedikit kelebihan mungkin terarah kepada Sang Penyu hari ini kerana mereka bakal beraksi di halaman sendiri yang sudah tentu bakal mendapat sorakan padu daripada para peminat kesayangan.

Malah rekod pertemuan kedus pasukan tersebut sebelum ini juga memihak kepada Terengganu yang meraih kemenangan 2-0 di Cheras hasil ledakan Manuel Ott serta Safawi Rasid.

Namun aksi hari ini dijangka berbeza kerana sudah tentu KL City enggan keciciran sebarang mata dan ingin mendapatkan keputusan positif di halaman lawan.

Berikut merupakan tiga pemain tumpuan membabitkan kedua pasukan tersebut yang dijangka akan memainkan peranan besar sepanjang siri perlawanan berlangsung.

Safawi Rasid

Tatkala Terengganu dihantui dengan isu penyudah dalam kalangan pemain import, Safawi Hadir dengan rekod cukup menyakinkan di hadapan gawang gol.

Musim ini sahaja menyaksikan bintang Harimau Malaya itu sudah meledak 15 gol secara keseluruhan serta menghasilkan tiga bantuan jaringan buat Sang Penyu.

Selain bijak menghidu peluang, Safawi juga memiliki ketenangan cukup baik untuk menghadapi tekanan daripada para pertahanan lawan.

Paulo Josue

Tidak dinafikan lagi, Josue dijangka bakal memberi masalah cukup besar buat Terengganu jika pemain tersebut tidak dikawal sepenuhnya sepanjang aksi berlangsung.

Tampil selaku antara penjaring terbanyak Liga Super musim ini, Josue sudah pun merekodkan 14 gol serta enam bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 22 perlawanan diharungi.

Kreativiti Josue antara yang digeruni lawan kerana beliau bukan sahaja boleh bertindak selaku mesin gol, tetapi pemain naturalisasi dari Brazil tersebut juga bijak mencipta ruang kepada rakan sepasukan lain.

Akhyar Rashid

Pemain sayap lincah itu antara faktor Terengganu terus bernafas musim ini di posisi serangan menerusi kualiti beliau menggerakan bola serta mengatasi pertahanan.

Akhyar juga memiliki kreativiti cukup tinggi untuk menghasilkan peluang gol buat rakan sepasukan menerusi hantaran serta gerakan dicipta untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Ketika ini, pemain kelahiran Kedah itu sudah merekodkan sembilan gol serta lima bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 30 penampilan bersama Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN