Safawi Rasid Minta Maaf Kepada Penyokong Kerana Gagal Kawal Emosi

Semalam kecoh di media sosial apabila Safawi Rasid dikatakan bertindak biadap dengan mengacungkan jari tengah ke arah salah seorang penyokong Malaysia yang berada di Stadium My Dinh.

Penyokong tersebut marah kerana telah datang dari jauh demi pasukan Malaysia namun merasakan dirinya tidak dihargai oleh pemain. Lelaki itu enggan dikaitkan dengan Ultras Malaya – cuma menyatakan dirinya sebagai penyokong setia Malaysia.

Penyokong tersebut telah menghantar mesej kepada Zaquan Adha menyatakan kebiadapan Safawi Rasid. Kapten pasukan kebangsaan itu kemudian berjanji akan menegur Safawi Rasid. Zaquan mewakili Safawi dan para pemain lain meminta maaf di atas apa yang berlaku. Beliau juga meminta agar Safawi diberikan peluang kerana beliau masih muda.

Sebaik sahaja tularnya berita itu, Safawi Rasid telah memuat naik kenyataan maaf beliau. Safawi dengan rendah diri mengakui kesalahannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.

Pemain terbaik ABK18 itu berkata beliau juga manusia biasa yang tak lepas daripada kesalahan. Beliau juga menganggap dirinya masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya.

Namun begitu, dipetik daripada satu laman peminat Malayantiger.my pula menceritakan bahawa Safawi gagal mengawal emosinya selepas penyokong tersebut menyerang para pemain Malaysia secara verbal.

Penyokong lelaki tersebut itu mulai memaki hamun para pemain ketika para pemain menghampiri kelompok Ultras Malaya. Para pemain Malaysia meminta maaf di atas kekalahan mereka.

Sikap agresif lelaki itu membuatkan Safawi gagal mengawal dirinya dan bertindak mengacungkan jari tengahnya.

Selepas itu tersebar satu lagi tangkap layar yang dikatakan penyokong lelaki tersebut juga menyesali atas apa yang berlaku dan meminta maaf kepada semua pemain Malaysia terutama sekali Safawi Rasid. Beliau menyesali perbuatannya yang menggunakan bahasa kesat.

Jika tangkap layar di atas ini adalah betul daripada pihak yang terlibat kami menganggap kekeruhan ini sudah dijernihkan.

Dan kini, semua pihak – tak kira pemain mahupun penyokong – ayuh kita fokus kepada perlawanan seterusnya menentang Myanmar. Itu perlawanan yang sangat penting – perlawanan yang akan menentukan nasib pasukan Malaysia dalam kempen Piala AFF kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN