Safawi Rasid Bertekad Mahu Membantu JDT Menjuarai Piala Malaysia

Penyerang sensasi JDT dan Harimau Malaya, Safawi Rasid menyatakan beliau enggan kempunan untuk beraksi dan membantu JDT menjuarai Piala Malaysia pada kali ini.

Pada 2017, Safawi Rasid bukan watak utama di dalam pasukan. Berbeza pada kali ini, beliau sudah menjadi pemain yang sangat berbeza daripada beliau yang dua tahun lalu.

Safawi tidak turun beraksi pada final 2017, di mana JDT menewaskan Kedah 2-0 dan membawa pulang Piala Malaysia.

Safawi ketika itu gagal untuk menembusi skuad 18 pemain utama JDT untuk final.

Sebaliknya, pemain kelahiran Terengganu itu sekadar menyaksikan perlawanan itu di bangku penonton susulan gagal mendapat tempat dalam skuad akhir 18 pemain.

Safawi Rasid merupakan pemain yang berjaya meledak hatrik pada separuh akhir kedua di Shah Alam. Dan beliau pastinya nama yang berada dalam senarai penting Benjamin Mora.

Bercakap kepada wartawan, Safawi berkata: “Saya nak menjulang Piala Malaysia pada kali ini. 2 tahun lalu saya tak dapat membantu pasukan JDT di final. Tahun ini saya akan cuba yang terbaik untuk membantu JDT memenanginya.”

Final Malaysia akan berlangsung pada 2 November ini. Perlawwanan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN