Safawi Rasid ‘Berlaga Bahu’ Dengan Son Heung-min, Andres Iniesta

Safawi Rasid JDT 2020

Masih segar dengan kejayaan merangkul Anugerah Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual, nama Safawi Rasid muncul lagi.

Kali ini, beliau telah tercalon di kalangan 24 pemain untuk Anugerah Pemain Terbaik Asia 2020, anjuran Fox Sports Asia. Lebih membanggakan, Safawi Rasid menjadi satu-satunya pemain dari Asia Tenggara yang tercalon untuk anugerah tersebut.

Ia sekaligus membuktikan kewibawaan pemain berusia 23 tahun itu sehingga telah dipinjamkan ke kelab Portimonense SC, yang bersaing di Primeira Liga, Portugal. Walaupun ia perjalanan yang singkat, namun, ia tetap membuktikan reputasinya.

Bagaimanapun, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bakal menerima tentangan sengit daripada ramai bintang terkemuka Asia antaranya pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-min dan pemain yang menjadi lawan JDT dalam AFC Champions League sebelum ini, Andres Iniesta dari kelab Vissel Kobe.

Pemain berasal dari Jepun mendominasi senarai apabila lima pemain mereka tercalon disusuli Korea Selatan dan Iran masing-masing dengan empat pemain.

Antara pemain terkemuka lain yang berkelana ke Eropah dan turut tersenarai dalam senarai pencalonan adalah Hwang Hee Chan (RB Salzburg dan RB Leipzig), Takefusa Kubo (Real Mallorca dan Villareal), Wataru Endo (Stuttgart), Takehiro Tomiyasu (Bologna) serta Matthew Ryan (Brighton).

Sementara itu, sebaik sahaja merangkul Anugerah Pemain Tengah Terbaik ABK 20 Virtual, Safawi Rasid dilihat telah mengucapkan penghargaan kepada pemilik pasukan Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor (TMJ) atas kejayaannya.

Memetik kenyataannya di Berita Harian, “Terima kasih kepada keluarga dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa menyokong saya. Terima kasih juga kepada seluruh penyokong bola sepak Malaysia, InsyaAllah, tahun depan saya akan buat yang lebih baik.”

Untuk mengatasi pemain-pemain terbaik dari Asia yang lain tampak mustahil buat Safawi Rasid. Dijangkakan Son Heung-min mungkin dengan mudah akan merangkul anugerah tersebut dan sudah cukup membanggakan apabila nama pemain dari Malaysia untuk tersenarai bersama.

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel lain mengenai Safawi Rasid dan JDT:

Juzaili Samion: Pengalaman Safawi Rasid Boleh Bantu Skuad Negara

Tan Cheng Hoe Jangkakan Impak Safawi Rasid & Pemain Yang Berada Di Luar Negara

3 Sebab Mungkin Tiada Debut Buat Safawi Rasid Bersama Portimonense SC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN