Safawi Mohon Maaf Cara Raikan Gol Guris Hati Penyokong

Penyerang sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid memohon maaf kepada semua penyokong pasukan negara berikutan keraian gol yang dilakukannya selepas menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan menentang Thailand di perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Dalam perlawanan terakhir saingan Kumpulan G itu, gol tunggal Safawi memberikan kemenangan sulung kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe di Dubai selepas sebelum itu pasukan negara tewas dua perlawaan berturut-turut; masing-masing 4-0 kepada UAE dan 2-1 kepada Thailand.

Safawi Rasid gaya rai gol Thailand kelayakan Piala dunia 2021 de paula
FOTO: RETRO BOLA SEPAK

Namun di sebalik kemenangan yang turut mengesahkan kemaraan pasukan negara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia itu, turut sedang hangat dibincangkan di media sosial ketika ini adalah gaya Safawi Rasid meraikan jaringan gol penalti menentang Thailand yang dilakukannya.

Keraian selepas meraikan gol menjadi fokus kerana kedua-duanya mempamer lagak seolah-olah sedang ‘membahan’ semula penyokong sendiri. Mereka berdua menerima kritikan pedas atas prestasi yang mereka pamerkan dalam perlawanan di UAE.

Tanpa mereka sedar, ‘ekor Harimau Malaya’ yang berada di stadium terkesan dengan tindakan mereka, hanya meraikan gol dengan kamera, bukan dengan penyokong.

Mungkin baru menyedari kesilapan yang dilakukannya itu, Safawi telah memuat naik satu kenyataan melalui Instagram Story untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa berada di belakang mereka dan memohon maaf kepada penyokong yang terkesan.

Sumber: IG Safawi Rasid

“Alhamdulillah syukur. Terima kasih kepada penyokong dan penonton yang selalu ada di belakang kami. Saya minta maaf atas celebration yang tak menyenangkan itu. Perkara tersebut tidak akan berulang lagi, maaf sekali lagi,” tulis Safawi dalam kenyataan tersebut.

Skuad Harimau Malaya selamat mendarat di KLIA, Sepang, tengah hari semalam selepas mengharungi baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 secara berpusat di Dubai, UAE dari 3 hingga 15 Jun 2021.

Terdahulu pesawat sewa khas Malaysia Airlines Harimau Malaya telah singgah di Bangkok untuk menurunkan 13 pemain, termasuk Safawi Rasid yang akan menyambung pula tugasan kelab bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021.

Melalui satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengesahkan hanya lapan pemain meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur manakala baki lima lagi pemain yang berpangkalan di luar negara telah pun pulang ke destinasi masing-masing secara berasingan, semalam.

 

 

Baca artikel menarik lain mengenai Harimau Malaya:

Terima Kasih Safawi Rasid, Guilherme de Paula!

Membedah Harimau Malaya Pasca Kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023

Gajah Putih Tumbang Dibaham Harimau Malaya

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN