Safawi Minta Maaf

Kisah Safawi Rasid dan hubungan beliau bersama Syifa Melvin panas menghiasi laporan media di negara ini semalam.

Penyerang sensasi negara itu dikatakan gagal memperagakan aksi pada tahap yang sepatutnya seperti yang ditampilkan olehnya sebelum ini – selepas tiga aksi bersama JDT pada musim ini.

Prestasi Safawi turut mendapat perhatian pemilik JDY, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendedahkan punca kemerosotan prestasi pemain sayap itu berpunca daripada desakan kekasihnya yang merupakan pelakon, Syifa Melvin untuk berkahwin.

Seperti dijangka, timbullah penafian daripada Syifa, dan perkara itu disusuli oleh pelbagai tanggapan dan komen daripada netizen yang lain.

Enggan mengulas panjang dan tidak mahu perkara itu berlarutan, Safawi melalui muat naik di Instagram miliknya tampil untuk memohon maaf kerana gagal beraksi baik dalam tiga perlawanan musim ini.

Walaupun JDT menewaskan Kedah 1-0 di perlawanan CIMB Piala Sumbangsih, dan 2-1 ke atas Suwon Bluewings di pertandingan Liga Juara-Juara Asia, rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan pemain ini tahu ia bukan prestasi sebenar Safawi.

https://www.instagram.com/p/B9TLkqDlHaR/?utm_source=ig_web_copy_link

“Kemenangan yang hebat buat JDT malam tadi (kelmarin). Dalam masa yang sama saya ingin minta maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi saya,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

“Inshallah next game (perlawanan seterusnya) saya cuba bagi lagi yang terbaik untuk Team (pasukan). Tanpa ada sokongan daripada anda semua, belum tentu saya boleh berada pada tahap ini,” katanya menerusi laman sosial Instagramnya, semalam.

Bagaimanapun kenyataan daripada Safawi ini tidak menyentuh mengenai tanggapan ramai yang mengaitkan beliau dengan pelakon, Syifa Melvin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN