Safawi Menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-ASIANA.MY Julai

Pemain pasukan JDT, Safawi Rasid dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my – All Sports Images And News Agency bagi edisi Julai 2019.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail di Johor Bahru hari ini. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengasas asiana.my, Kamarul Akhir Mohamed Zan.

Safawi yang ditemui selepas majlis penyerahan tersebut nyata gembira dan menyifatkan kerjasama dalam pasukan JDT turut menyumbang kepada kemenangan beliau.

“Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kepada PFAM diatas penganjuran anugerah ini dan tidak lupa kepada para penyokong JDT yang telah sentiasa memberikan sokongan kepada saya dan menterjemahkan sokongan ini kepada undian”

“Saya juga berharap lebih banyak pemain tempatan akan muncul sebagai pemain terbaik bulanan pada masa akan datang” jelas Safawi.

Safawi menerima undian tertinggi bagi edisi Jun sebanyak 33.18% (4,346 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Sanjar Shaakhmedov dari TFC (27.60% – 3,615 Undi), Sandro Da Silva dari Selangor FA (18.74% – 2,454 Undi), Herold Goulon dari Pahang FA (18.45% – 2,417 Undi) dan Washington Brandao dari PJ City FC (2.04% – 267 Undi)

Untuk rekod, beliau merupakan pemain ketujuh dari pasukan JDT yang berjaya memenangi anugerah ini selepas Luciano Figueroa (Julai 2015), Safiq Rahim (November 2015), Jorge Pereyra Diaz (Mac 2016), Juan Martin Lucero (April 2016), Izham Tarmizi Roslan (Mei 2016) dan Naxto Insa (September 2017)

Mereka menerima sebuah Trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my, wang tunai berjumlah RM1500, jersi khas tajaan Great Heights dan gel sukan aktif tajaan Maselfix.

Secara keseluruhannya, undian bagi Anugerah Pemain Terbaik Liga Super PFAM – asiana.my untuk musim 2019 mencatatkan jumlah undian tertinggi sepanjang lima tahun penganjuran dengan 102 607 undi berbanding 33 193 undi pada 2018. PFAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong yang terlibat dalam undian ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN