Safawi Bersinar Selaku Antara Pemain Tempatan Paling Menonjol Musim 24/25

Nama Safawi Rasid terus gah pada musim ini dalam dunia bola sepak profesional nampaknya terus gah selepas beliau sekali lagi menjadi antara watak penting di sebalik kejayaan semasa Terengganu.

Dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini bersama Sang Penyu, nampaknya momentum semasa Safawi kian menyerlah dan menjadi antara nama pemain tempatan paling bersinar di pentas domestik serta antarabangsa.

Beraksi di posisi sayap kanan, pada awalnya karier Safawi dilihat semakin menurun sebelum pihak pengurusan JDT mengambil tindakan tepat untuk memastikan pemain ini kembali mendapat rentak sepatutnya.

Apa tidaknya, persaingan sengit di kem JDT serta kualiti hebat dimiliki oleh Arif Aiman Hanapi menyaksikan Safawi kian sukar untuk cuba merebut tempat menjadikan keputusan tepat dilakukan pasukan tersebut untuk meminjamkan kepada Terengganu.

Hadir kembali bersama Terengganu, tidak ramai meletakkan harapan karier Safawi akan kembali memuncak seperti awal kemunculannya sebelum pemain itu membuktikan beliau masih lagi relevan.

Musim ini sahaja menyaksikan Safawi sudah pun meledak 12 jaringan bersama Terengganu baik di pentas Liga Malaysia atau kejohanan antarabangsa iaitu ACC Shopee Cup 2024/2025.

Malah, pemain itu masih lagi segar dengan kejayaan meledak salah satu gol ketika Sang Penyu mengetepikan cabaran Shan United melalui kemenangan besar 5-0 di gelanggang lawan.

Beraksi selaku kesebelasan utama dan menjadi kapten, Safawi memainkan peranan cukup besar di posisi serangan tatkala Terengganu tidak dapat menggunakan sebarang khidmat penyerang import.

Salah satu perkara yang menyaksikan Safawi cukup mencuri perhatian para peminat sudah tentu terarah kepada kualiti sepakan oercuma beliau yang sering menghasilkan jaringan.

Bersama kem kebangsaan pada tahun lalu, Safawi telah pun merekodkan dua jaringan dan keyakinan beliau di atas padang terus bertambah menerusi kualiti permainan ditampilkan pemain tersebut.

Melihat kepada prestasi dan statistik ditampilkan oleh Safawi, jelas pemain tersebut wajar menjadi antara pemain tempatan paling menyerlah musim ini selain Arif Aiman Hanapi serta Harith Haiqal.

Arif yang terus menampilkan bisa beliau di pentas domestik serta kejohanan tertinggi Asia bersama JDT dilihat tampil unggul selaku pemain tempatan paling menyerlah musim ini.

Begitu juga dengan kelibat tonggak Selangor iaitu Harith Haiqal yang semakin matang dan mempamerkan karakter terbaik selaku pertahanan tengah bersama The Red Giants di saingan domestik serta AFC Champions League Two (ACL2) dan ketika mewakili Harimau Malaya.

Apapun, sumbangan dan impak Safawi tetap tidak boleh diabaikan tatkala beliau terus menjadi sandaran utama Sang Penyu kini dan statistik beliau di hadapan gawang gol juga semakin menyakinkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN