SAFA: Bayar Baki Geran Tahunan Atau Rombak FAM, MFL

Seperti yang diketahui, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengumumkan baki geran tahunan atau pendapatan hak penyiaran Liga Malaysia (Liga-M) pada musim 2019 tidak dapat dibayar kepada semua pasukan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MFL pada 14 Disember lepas, Liga-M musim 2019 berjalan tanpa penaja utama hak penyiaran. Bagaimanapun pihak MFL tetap menguruskan semua pertandingan iaitu Liga Super, Liga Premier, Shopee Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Cabaran.

Namun demikian, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menerusi kenyataannya kepada Stadium Astro tetap mahu pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau MFL menyelesaikan tunggakan wang insentif tersebut kepada semua pasukan.

Presiden SAFA, Datuk Peter Anthony menjelaskan, wang imbuhan kemenangan Liga Perdana 2019 juga masih belum diterima pasukan itu sedangkan kempen musim ini sudahpun berada di penghujung.

“Ketiadaan geran insentif terbabit bukan saja menyusahkan persatuan tetapi  ia juga mencerminkan pengurusan FAM mahupun MFL yang tidak konsisten dan teratur,” kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu.

“Tidak pernah dalam sejarah bola sepak negara di mana FAM tidak dapat menyelesaikan geran insentif sebelum ini.

“Persatuan negeri selama ini dibebani dengan kesemua perbelanjaan perlawanan, termasuk pembayaran pengadil yang terpaksa dibayar dahulu oleh negeri sebelum dibayar kemudian oleh FAM.”

Tambah Peter lagi, adalah lebih baik FAM dan MFL dirombak atau distruktur semula jika kedua-dua badan induk tersebut tidak dapat menguruskan tanggungjawab agar kewibawaannya tidak dipertikai dan akan ramai penaja senang hati membantu mereka.

“Kami tahu perbelanjaan untuk satu musim bukanlah sedikit, malah kelewatan persatuan membayar gaji kepada pemain lazimnya akan didenda oleh FAM atau FIFA, namun bagaimana pula keadaan apabila FAM pula yang bermasalah?

“Bagi SAFA, geran insentif berkenaan amat penting bagi pembentukan pelapis di peringkat negeri dan sekiranya tiada (geran), sudah pasti perancangan pembangunan bola sepak negeri akan terbantut,” katanya.

Sebelum ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Mukhriz Mahathir turut membangkitkan perkara yang sama dan meluahkan rasa kecewanya terhadap MFL. Menurut Mukhriz, ianya telah mengganggu pengurusan berkaitan urusan bajet pasukan kerana sebahagian daripada geran tersebut telah dirancangkan untuk pembayaran gaji.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN