Sadio Mane Sah Tidak Akan Beraksi Di Qatar Kerana Isu Kecederaan

Kem kebangsaan Senegal terpaksa menelan hakikat yang agak perit, setelah kini mereka sah kehilangan khidmat penyerang berbisa iaitu Sadio Mane untuk saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Mane yang sebelum itu dilanda kecederaan ketika beraksi bersama Bayern Munich terpaksa dikeluarkan lebih awal sewaktu mereka berdepan Werder Bremen.

Walaupun dilanda kecederaan, pengendali Senegal iaitu Aliou Cisse tetap menyenaraikan nama beliau dalam senarai 26 pemain untuk membawa cabaran dalam saingan Piala Dunia.

Sebelum itu, pengendali Bayern Munich iaitu Julian Nagelsmann turut tidak dapat memastikan tahap kecederaan dialami oleh Mane selepas perlawanan liga tersebut berakhir.

“Saya tak dapat jumpa bersamanya selepas perlawanan, saya harap itu bukanlah kecederaan yang besar buat beliau. Saya pun tak tahu keadaannya terkini,” jelas beliau menerusi Sport Bible.

Pada masa sama, pembantu jurulatih iaitu Dino Toppmoller menyatakan tidak ada kecederaan serius yang dihadapi Mane untuk membuatkan pemain tersebut terlepas aksi Piala Dunia.

“Sadio Mane hanya mengalami sedikit kecederaan di bahagian kaki yang menyebabkan diri beliau merasai sedikit kesakitan ketika itu.

“Tidak ada yang terlalu serius dan penyertaan beliau untuk mewakili negara dalam kempen Piala Dunia tidak akan terjejas,” ulas Toppmoller ketika itu.

Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura menegaskan pada minggu lalu pihaknya akan membuat apa sahaja untuk memastikan Mane dapat beraksi bersama skuad kebangsaan.

Malah, beliau juga berkata untuk menggunakan khidmat bomoh dengan harapan keajaiban akan berlaku untuk Mane kembali pulih.

“Kami akan menggunakan khidmat bomoh untuk memulihkan Mane. Kami sendiri tak pasti jika ianya efektif atau tidak.

“Tetapi untuk masa singkat sekarang kami tetap akan menggunakan cara tersebut dan berharap keajaiban mampu berlaku untuk memastikan Mane di Qatar,” terang Fatma.

Namun, harapan tersebut turut berkecai apabila Mane sudah pun disahkan tidak akan beraksi di temasya berprestij tersebut bersama Senegal.

Perkara ini disahkan sendiri menerusi wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano pada awal pagi tadi di Twitter rasmi miliknya.

Ianya pasti memberi tamparan hebat buat Senegal ketika ini, selepas Mane jelas menjadi tonggak utama mereka ketika memenangi Africa Cup of Nations, serta membantu negaranya layak ke Piala Dunia setelah menyingkirkan Mesir.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN