Sadio Mane Puji Aksi Cemerlang Naby Keita Bersama Liverpool

Mane

Pemain sayap lincah Liverpool, Sadio Mane memuji kelibat rakan sepasukan yang baru menyertai pasukan, Naby Keita dalam membantu The Reds mempamerkan aksi cemerlang pada permulaan musim 2018/19.

Mane juga gembira kerana pemain antarabangsa Guinea yang berusia 23 tahun itu cepat untuk menyesuaikan diri bersama kelab Merseyside itu.

Beliau turut mengharapkan sumbangan yang lebih bermakna dapat dicurahkan Keita sepanjang bersama Liverpool.

”Saya merasakan dia (Naby Keita) banyak menyumbang buat pasukan kami dan saya juga rasa tidak mudah bagi seorang pemain baharu dalam aksi Liga Perdana Inggeris.”

”Dia bermula dengan hebat dan kami disini untuk membantu dia untuk mendapatkan yang lebih baik daripadanya dan saya yakin dia akan melakukan sesuatu yang istimewa disini.”

Mane turut mengharapkan suasana yang kondusif di Anfeld dapat memberikan kejayaan yang gemilang buat Liverpool.

”Liverpool merupakan kelab yang berbeza berbanding kelab yang saya ketahui dan sertai.”

”Saya menyukai hubungan kekeluargaan, individu yang sangat rapat terutamanya para pemain.”

”Ia satu perkara yang membuatkan kami kuat kerana anda juga dapat melihat di atas padang bagaimana eratnya hubungan kami, jadi saya merasakan ia penting buat pasukan mempunyai hubungan persahabatan di dalam dan luar padang yang baik.”

”Sudah pasti saya mengharapkan kejayaan mendapatkan trofi. Ia masih terlalu awal (saingan liga) untuk bercakap mengenainya tetapi tanpa memberikan tekanan buat kami, kami akan mencuba untuk fokus perlawanan demi perlawanan dan memenanginya hingga akhir musim.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN