Sadio Mane Perlu Selesaikan Misi Mustahil Untuk Bantu Liverpool Dapatkan Bonus Tambahan Dari Bayern Munich

Sadio Mane perlu lakukan kerja gila dan tak masuk akal untuk bantu Liverpool mendapatkan bonus perpindahan dari Bayern Munich.

Liverpool akhirnya bersetuju untuk menjual Sadio Mane kepada Bayern Munich pada jendela perpindahan musim panas ini dengan yuran perpindahan bernilai £27.5 juta.

Bayern Munich walau bagaimanapun mungkin perlu membayar £35.1 juta kepada Liverpool jika Sadio Mane berjaya mencapai sesuatu tahap yang dipersetujui dalam kontraknya.

https://twitter.com/AfricaFactsZone/status/1538458919177158656?t=scm0hZIEpNKAb9bTC4wjSw&s=19

Walau bagaimanapun, agak sukar sebenarnya untuk Sadio Mane mencapai tahap tersebut dan sepertinya agak mustahil untuk Liverpool mendapatkan bonus hasil perpindahan Mane menyertai Bayern Munich.

Sesi rundingan antara kem Liverpool bersama sporting director Bayern Munich, Hasan Salihamidzic berlangsung dengan lancar walau gergasi Bundesliga itu terpaksa menghantar dua bidaan untuk mendapatkan Mane.

Liverpool bersetuju untuk menerima bidaan kedua bernilai £27.5 juta dan boleh meningkat sehingga £35.1 juta jika dicampur bonus tambahan.

Mane perlu buat kerja gila untuk bantu Liverpool dapatkan bonus tambahan

Liverpool akan menerima bonus bernilai £5 juta berdasarkan berapa penampilan yang mampu Mane lakukan bersama gergasi Bundesliga itu sepanjang tiga musim beliau di Allianz Arena.

The Reds juga akan menerima tambahan £2.6 sebagai bonus berdasarkan pencapaian Mane secara individu dan berpasukan.

Pencapaian secara berpasukan yang dimaksudkan adalah seperti memenangi gelaran Bundesliga setiap musim sepanjang tiga tahun kariernya bersama Bayern Munich.

Paling mengejutkan, Liverpool hanya mampu mendapatkan bonus tambahan, seandainya Sadio Mane berjaya memenangi anugerah Ballon d’Or setiap tahun sepanjang tiga tahun pertamanya di Allianz Arena.

Untuk memenangi anugerah Ballon d’Or pertama dalam kariernya saja sudah cukup-cukup menyusahkan apa lagi mahu memenangi tiga anugerah paling berprestij itu secara berturut-turut.

Melihat kepada syarat-syarat yang ada dalam kontrak Mane itu, sepertinya agak mustahil untuk Liverpool mendapatkan £35.1 juta hasil penjualan bintang Senegal itu kepada Bayern Munich.

Walau bagaimanapun, memikirkan yang Sadio Mane kini sedang berada di tahun terakhirnya bersama kelab, sepertinya Liverpool boleh berpuas hati masih mampu mendapatkan lebih dari £20 juta untuk melepaskan khidmatnya.

Hal ini kerana skuad kendalian Jurgen Klopp itu berpotensi untuk kehilangan Mane tanpa mendapatkan apa-apa andai bintang Senegal itu meninggalkan kelab sebagai pemain bebas ejen musim panas hadapan.

Selepas memenangi segalanya bersama Liverpool, Mane kini sepertinya mahu mencari pengalaman baru dalam kariernya.

Gagal mendapatkan kenaikkan gaji menjadi faktor utama mengapa Mane memilih untuk meninggalkan Anfield pada musim panas ini.

Pemain penyerang terbaik Afrika itu merupakan pembelian mega pertama Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp dan beliau turut terkenal sebagai seorang pemain yang sangat rendah diri di kalangan peminat.

Dek kerana hal itu lah ramai peminat yang sedikit kecewa dengan pemergian Sadio Mane dan tentunya ramai yang berharap beliau akan mengakhiri kariernya di Anfield.

Mane berjaya menjaringkan 120 gol dari 269 penampilan bersama skuad Liverpool dan beliau juga turut berjaya memenangi segalanya bersama The Reds.

Beliau pergi dengan cara yang disenangi dan Mane tentunya akan terus dikenang sebagai antara legenda terhebat sepanjang zaman kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN