Sadio Mane Menang Pemain Terbaik November

Bintang Liverpool, Sadio Mane menang anugerah Pemain Terbaik EPL untuk November.

Penyerang sayap kiri pasukan Liverpool itu terus cemerlang bersama The Reds pada musim ini.

Sadio Mane telah membantu Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga sepanjang November. Liverpool kini masih berada di atas puncak liga. Dibezakan dengan 8 mata dari Leicester dan 14 mata daripada Manchester City.

Sebagai rekod sepanjang November, Sadio Mane telah menjaringkan 3 gol dan 1 assist daripada 4 penampilan dalam EPL untuk The Reds.

Setakat ini Sadio Mane musim ini sudah menjaringkan 9 gol untuk Liverpool. Musim lalu Sadio Mane menjadi pemenang bersama kasut emas – berkongsi dengan Mohamed Salah dan Pierre Emerick Aubameyang.

https://twitter.com/marathonbet/status/1205443600408072197

Sadio Mane menewaskan pencabar-pencabar beliau yang lain, iaitu: Jamie Vardy, Dele Alli, Song Heung Min, Raul Jimenez, Lys Mousset serta Caglar Soyuncu.

Selain daripada memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan EPL, Sadio Mane juga sudah memenangi Pemain Terbaik Bulanan Liverpool untuk November.

Jadi ini merupakan anugerah berganda untuk penggempur sensasi dari Senegal itu.

Beberapa minggu lalu, Sadio Mane diumumkan sebagai pemain ke-4 dalam ranking Ballon d’Or. Pemenang Ballon d’Or iaitu Lionel Messi sendiri meminati corak permainan Sadio Mane yang dianggap beliau sebagai sangat menghiburkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN