Sadio Mane: Kami Dah OK, Kekadang Saya Pun Tamak

Sadio Mane menjelaskan bahawa, beliau dan Mohamed Salah sudah melupakan apa yang berlaku ketika aksi di Burnley.

Sadio Mane ketika itu marah kerana Mo Salah tidak menghantar bola kepadanya. Sadio Mane mengakui itu adalah punca beliau meradang, dan bukannya kerana tidak berpuas hati dikeluarkan.

Namun begitu, Sadio Mane menyatakan perkara itu adalah biasa di dalam bola sepak. Di mana, para pemain akan marah dengan rakan mereka apabila tidak berpuas hati.

Marah itu bukannya kerana mereka benci tetapi ianya untuk kebaikan pasukan. Jika Mohamed Salah ketika itu melakukan hantaran kepada beliau, itu adalah pilihan lebih baik untuk menghasilkan gol.

Gol yang dihasilkan itu akan memberikan manfaat kepada pasukan.

Bercakap keapda Canal+, Mane berkata: “Isu dengan Salah? Semuanya sudah dilupakan.”

“Ada beberapa perkara akan berlaku dalam bola sepak. Kadangkala kamu kena luahkannya terus depan-depan.”

“Kadangkala, saya pun buat benda yang sama, di mana saya tidak menghantar bola kepada rakan [dalam keadaan saya patut hantar bola].”

Sadio Mane dan Mohamed Salah menjadi penjaring gol dalam aksi kemenangan Liverpool ke atas Newcastle pada Sabtu lalu.

Kedua-dua pemain turut berpelukan meraikan gol. Mereka kelihatan kembali fokus kepada tugasan di atas padang.

Malah sebelum perlawanan, Sadio Mane dan Mo Salah memuat naik satu video yang disunting.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN