Sadio Mane Intai Mahkota Liga Perdana Inggeris & Liga Juara-Juara Eropah 2019/20

Mane
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Selepas kejayaan meraih trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini, Sadio Mane memasang impian besar terhadap Liverpool.

Beliau melaungkan keyakinan untuk mengekalkan mahkota kejuaraan tersebut dan dalam masa yang sama mahu merampas Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester City pada musim baharu nanti.

Pada musim ini, The Reds memberikan saingan yang cukup hebat buat City hingga ke perlawanan terakhir liga dan hanya satu mata dibelakang juara dua musim berturut-turut itu.

Mane juga memainkan peranan yang cukup penting buat Liverpool musim ini selepas dinobatkan selaku pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris dengan 22 gol bagi berkongsi kedudukan dengan Mohamed Salah dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Pemain kelahiran Senegal tersebut melihat detik manis di Madrid itu adalah permulaan kepada sesuatu yang istimewa buat Liverpool.

MADRID, SPAIN – JUNE 01: Sadio Mane of Liverpool battles for possession with Kieran Trippier of Tottenham Hotspur during the UEFA Champions League Final between Tottenham Hotspur and Liverpool at Estadio Wanda Metropolitano on June 01, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

”Saya merasakan ia adalah permulaan kepada sesuatu yang istimewa, seperti orang ramai sebutkan kerana musim lalu kami begitu hampir (untuk menjuarai UCL) dan musim ini kami memenanginya.”

”Jadi, pada musim hadapan kami akan mengorak langkah untuk memenangi saingan liga (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah.”

”Kami tahu ia bukanlah tugas mudah tetapi kami adalah Liverpool, kami kuat, kami akan melakukan segalanya dan kami masih mempunyai skuad yang muda.”

”Kami masih terus belajar dan bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak trofi,” ujar Mane selepas perlawanan bersejarah buat dirinya itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN