Sadio Mane Derma £41,000 Lawan Coronavirus Di Senegal

Penyerang Liverpool, Sadio Mane telah menderma sejumlah £41,000 kepada Komiti Kebangsaan Menentang Coronavirus di negara asalnya Senegal.

Menurut kata ejennya, Mane secara spontan menderma wang sejumlah itu selepas melihat sendiri perkembangan wabak tersebut di Senehal yang semakin meningkat.

Mane turut berkongsi video di media sosial dan menggesa rakan senegaranya mengambil serius akan ancaman wabak ini.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1239987441135730690

Pemain Terbaik Afrika 2019 ini turut menasihatkan rakyat di Senegal untuk sentiasa menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan sekurang-kurangnya selama 30 saat untuk mengelakkan jangkitan.

Jumlah jangkitan wabak coronavirus yang direkodkan di Senegal setakat ini ialah 27 kes, dan dua daripada mangsa dilaporkan telah pulih.

Kerajaan Senegal sebelum ini mengumumkan penerbangan masuk dan keluar ke beberapa negara Eropah (Perancis, Belgium, Sepanyol, Portugal dan Itali) adalah tidak dibenarkan.

Manakala beberapa negara dari utara Afrika seperti Algeria, Tunisia dan Maghribi telah menggantung penerbangan ke Senegal selepas laporan adanya kes di negara tersebut.

https://twitter.com/whatsupblog9ja/status/1240027442166841346

Mane dan Liverpool sendiri turut terkesan apabila latihan di Melwood perlu dihentikan dan perlawanan liga hanya berkemungkinan akan disambung selepas 4 April.

Liverpool kini hanya memerlukan enam mata atau pun dua kemenangan sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan liga sekali gus menamatkan kemarau selama 30 tahun kejuaraan tersebut.

Berbaki sembilan perlawanan, ini bermakna skuad kendalian Jurgen Klopp hanya memerlukan dua kemenangan sahaja lagi untuk disahkan sebagai juara musim 2019/20.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN