Sadio Mane Cemerlang Bantu Senegal Ke Piala Dunia Sekali Lagi

Bintang Liverpool, Sadio Mane menjadi nadi utama pasukan apabila membantu mencetuskan 2 gol. Senegal memastikan mereka mara ke Piala Duni Rusia 2018.

Ianya adalah kali pertama mereka mara ke Piala Dunia sejak kemunculan pertama mereka di Piala Dunia pada Piala Dunia Korea Selatan-Jepun 2002.

Senegal menang 2-0 ke atas Afrika Selatan yag sudah pun tiada harapan untuk mara ke Rusia. Penyerang West Ham United menjaringkan gol pada minit ke-12 selepas kombinasi menarik dengan Sadio Mane.

Mane sekali lagi terlibat dalam gerakan untuk gol kedua Senegal sebelum rehat. Mane melakukan percubaan yang diselamatkan oleh Khune tetapi ianya terkena pertahanan Thamsanqa Mkhize yang terjaring bola ke gawang sendiri.

Senegal selayaknya mara ke Piala Dunia Rusia selepas aksi cemerlang mereka. Kini mereka 5 mata di atas pasukan di tangga ke-2 kumpulan D, Uganda.

Ini antara kempen kelayakan Piala Dunia yang mahu dilupakan dalam lipatan sejarah bola sepak Afrika Selatan.

Ketua Jurulatih Senegal, Aliou Cisse adalah kapten Senegal ketika mereka beraksi dalam Piala Dunia buat pertama kali pada 2002. Dan ia adalah yang terakhir sebelum ini. Dan kini mereka mara sekali lagi ke Piala Dunia 2018.

Aliou Cisse berharap Senegal akan dapat mengulangi magis pada Piala Dunia 2002. Anda pastinya ingat detik Senegal mengejut Perancis pada perlawanan pembukaan.

Ini adalah senarai penuh pasukan yang mara ke Piala Dunia dari Zon AFCON:

1. Tunisa
2. Mesir
3. Nigeria
4. Senegal
5. Maghribi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN