Saddil Ramdani Kekal Komited Bersama Sabah Musim Ini, Tiada Sebarang Perpindahan Percuma

Penyokong Sabah boleh menarik nafas lega apabila pemain sayap dari Indonesia, Saddil Ramdani kekal bersama pasukan untuk musim ini.

Kenyataaan itu diumumkan oleh Pengurus Pasukan Sabah, Marzuki Nasir setelah tidak setuju dengan permintaan kelab dari Serbia yang mahukan khidmat pemain tersebut secara percuma tanpa sebarang bayaran mahu dibuat untuk menebus kontrak pemain tersebut.

Selain itu, Sabah juga enggan melepaskan Saddil berikutan masa yang semakin singkat untuk mendapatkan khidmat pemain import terbaru bagi kuota Asia sebagai pengganti beliau bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022.

Dalam masa sama, Saddil sendiri mengesahkan beliau masih komited dengan Sabah dan akan mula menyertai latihan bersama barisan pemain lain bermula Khamis ini setelah selesai menjalani kuarantin di Kuala Lumpur.

Sebelum itu, Saddil telah dilamar oleh sebuah kelab yang berpangkalan di Serbia dan disahkan sendiri oleh Marzuki apabila menerima permohonan melalui seorang ejen. Namun permintaan tersebut ditolak terus apabila kelab berkenaan mahu khidmat Saddil secara percuma daripada Sabah.

“Kita tidak boleh menerima permintaan berkenaan disebabkan kesuntukan masa untuk mencari pengganti kuota pemain import Asia Tenggara yang sememangnya bukan mudah kerana kebanyakan liga di Asia Tenggara akan bermula tidak lama lagi,”jelas Marzuki kepada Berita Harian.

“Sekiranya kontrak masih ada, proses perpindahan tidak boleh dilakukan secara percuma kerana dalam industri bola sepak profesional perlu ada yuran perpindahan yang ditetapkan dan dipersetujui kedua-dua kelab.

“Sebab itu kita tolak (permohonan melepaskan Saddil). Sabah FC memerlukan dana apabila menandatangani pemain baharu. Kita juga perlu bayar yuran ejen termasuk pengurusan,” katanya lagi.

Mengulas lebih lanjut mengenai sesi latihan Sabah setakat ini, Marzuki berkata latihan tersebut merupakan hari pertama buat tiga tonggak Harimau Malaya iaitu Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, dan Dominic Tan.

Beliau berharap dengan kehadiran tiga tonggak tersebut mampu untuk menguatkan pasukan bagi menghadapi cabaran liga pada musim baharu ini. Marzuki turut berkongsi rasa gembira dengan persiapan awal pasukan yang dilihat dapat membentuk keserasian dalam kalangan pemain.

Ketika ditanya mengenai sasaran pasukan untuk musim 2022, Marzuki merasakan ianya masih terlalu awal untuk menetapkan sesuatu sasaran dalam Liga Super kali ini.

“Kita akan tetapkan sasaran tetapi apa yang boleh saya katakan musim ini Sabah FC melakukan persediaan awal yang cukup baik di samping memiliki gandingan pemain yang cukup baik berbanding tahun lalu,” katanya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN