Pengurus legenda AC Milan, Arrigo Sacchi menyatakan beliau merupakan peminat kepada 3 pengurus bola sepak moden, yang ada pada hari ini.
Mereka ialah Jurgen Klopp, Pep Guardiola dan Mauricio Pochettino. Menurut Sacchi, ketiga-tiga pengurus tersebut memiliki persamaan dengan beliau.
Sacchi berpendapat, EPL kini sedang berada pada era emas, kerana ada 3 jurulatih tersebut bersaing di dalam liga tersebut.
Sachhi membimbing AC Milan memenangi UCL pada 1989 dan 1990. Beliau diiktiraf antara ‘tactician’ yang terbaik dan penuh inovasi dalam arena bola sepak.
Dan kini, beliau mulai menonton liga Inggeris kerana terhibur dengan corak dan pendekatan taktika yang dipamerkan oleh Manchester City, Liverpool dan Spurs.
Guardiola membantu City menjuarai EPL dalam 2 musim berturut-turut dan menamatkan kempen musim lalu dengan treble domestik.
Manakala Jurgen Klopp membawa Liverpool menamatkan saingan liga dengan 97 mata, dan menjadi raja Eropah pada musim lalu.
Pochettino dengan budget terhad berjaya membawa Spurs ke final UCL. Yang pertama dalam sejarah kelab itu.
Bercakap kepada Daily Mail, Sacchi berkata: “Guardiola, Klopp dan Pochettino adalah jurulatih kegemaran saya. Mereka bertiga ada persamaan dari segi filosofi walaupun gaya permainan mereka berbeza.”
“England pada hari ini sangat gila, mereka ada pertandingan yang hebat. Liga Inggeris sedang menikamati era emasnya.”
“Bola sepak yang dipamerkan ketiga-tiga mereka, mirip dengan apa yang saya miliki dahulu. Saya sangat menghargai nilai, budaya dan mentaliti yang mereka miliki.”
“Milan saya dahulu, pasukan yang berinovasi. Pasukan Guardiola dan Klopp juga turut terus berinovasi.”
“Saya sentiasa mahu memberikan pemain saya idea dan mereka bermain dengan keinginan melebih had yang mereka ada.”
Sacchi kemudian memberitahu, beliau sentiasa gemarkan bola sepak yang indah dan dominan berbanding dengan taktikal yang pasif. Itu antara sebab beliau menggemari trio jurulatih EPL tersebut.
“Dalam buku nota saya tertulis: ‘Kemenangan adalah penting apabila ia diperkasa dan dibantu oleh keindahan permainan’ [Victory is important when it is amplified and helped by the beauty of the game].”
Sacchi names his four favourite managers https://t.co/aBiR7KKx5n
— AS USA (@English_AS) September 12, 2019
“Saya suka dengan keinginan mereka menguasai perlawanan. Bola sepak haruslah ada dominasi dan cantik, muzik dan budaya.”
“Saya sangat terhibur menyaksikan mereka. Masalahnya, liga Inggeris terlalu banyak perlawanan dan pertandingan. Mungkin ini jugalah sebabnya, England sukar mencapai sesuatu yang hebat di peringkat antarabangsa.”
Akhir sekali Arrigo Sacchi turut memberikan penghargaan kepada Arsene Wenger, bekas bos Arsenal. Sachhi turut mengiktiraf Arsene Wenger sebagai pencetus revolusi bola sepak Inggeris dan juga pengurus yang hebat.