SAC 2020 Lebih Daripada Sekadar Kejohanan Pra-Musim

sac 2020 pra-musim Selangor

Pengurus skuad Liga Super Selangor, Mahfizul Rusydin berkata yang kejohanan Selangor Asia Challenge (SAC) 2020 yang bakal dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) memiliki beberapa objektif lain selain daripada pertandingan bola sepak.

Mahu mengetengahkan ‘Sport Tourism’, FAS menjadikan kejohanan dua hari ini sebagai medium untuk memperkenalkan Shah Alam dan Selangor kepada peminat bola sepak di sekitar Asia Tenggara.

Selain itu, menurutnya, SAC memberi peluang buat Selangor untuk menguji kombinasi pemain serta taktikal yang bakal digunakan dalam saingan musim hadapan di Liga Super 2020, malah ia satu peluang buat penaja untuk memperkenalkan produk mereka.

Ketika ditanya Semuanya BOLA mengenai harapannya, Mahfizul Rusydin dengan pantas menjawab yang pastinya Gergasi Merah akan memburu kemenangan disamping mencapai objektif lain.

“Pertandingan ini kali pertama diadakan. Tentulah kita mahu menang semua perlawanan,” ujar pengurus yang baharu dilantik selepas penggabungan antara Selangor dan PKNS FC tempohari.

“Namun, oleh kerana pertandingan ini berlangsung semasa pra-musim, kita berharap pemain dapat melaksanakan taktikal yang dirancang, memuktamadkan gandingan dan kombinasi terbaik, juga kita dapat memberi minit permainan kepada pemain-pemain muda yang berpotensi,” jelasnya lagi tentang harapannya.

GAMBAR: FA Selangor

“Kita juga berharap pertandingan ini dapat memberi pendedahan kepada Bandaraya Shah Alam khususnya dan Negeri Selangor sebagai destinasi perlancongan kepada peminat-peminat bola sepak di negara Asean seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia.

“Inisiatif program ‘Sport Tourism’ seperti ini wajar disokong dan dilaksanakan kerana bukan sahaja ia mampu membantu usaha menambah dana pasukan, malah ia memberi kesan ekonomi secara mikro kepada kawasan persekitaran.” tambahnya lagi.

Untuk penyokong Gergasi Merah, Mahfizul Rusydin mengharapkan agar mereka akan dapat turun memberi sokongan padu kerana ini adalah peluang buat mereka untuk mengenali lebih rapat bintang-bintang yang akan beraksi bersama pasukan musim hadapan.

“Ia juga sebagai sokongan moral kepada para pemain supaya lebih berusaha untuk menepati ekspektasi penyokong, majikan dan juga pihak berkepentingan,” tambahnya lagi menutup bicara.

SAC 2020 akan melibatkan Selangor selaku pihak penganjur, wakil Indonesia iaitu Persib Bandung, True Bangkok United (Thailand) dan Hanoi FC (Vietnam), akan bermula pada 18 hingga 19 Januari.

Kredit Foto: FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN