SAC 2020: Bangkok United Ratah Hanoi FC 3-0

True Bangkok United mudah mengatasi Hanoi FC dengan keputusan 3-0 dalam aksi pembukaan Selangor Asia Challange yang membuka tirainya hari ini di Stadium Shah Alam.

Bangkok United yang berjersi hitam putih berada di depan pada minit ke-39 menerusi jaringan penyerang muda Nattawut Suksum yang merembat bola melalui celah kaki penjaga gol Hanoi, Nguyen Van Cong.

Pada babak kedua permainan, Bangkok United dilihat terus menguasai perlawanan dan akhirnya Hanoi sekali lagi dihukum dengan gol kedua dari penyerang import dari Brazil, Vander Luis Silva Souza.

Kredit Foto: True Bangkok United

Guntapon Keereeleang melengkapkan malam gemilang Bangkok United dengan gol ketiga menerusi sepakan kencang tujuh minit sebelum tamat perlawanan.

Ketua Jurulatih Hanoi FC, Dinh Ng Heim yang ditemui dalam sidang media selepas perlawanan mengakui pasukannya tidak bermain dengan begitu baik disebabkan beberapa masalah terutamanya ketiadaan pemain utama.

“Lima orang pemain kami tidak dapat menyertai pasukan di sini kerana sedang bermain dengan pasukan negara dalam kejohanan AFC Bawah 23 Tahun (B-23) di Thailand ketika ini. Sebahagian pemain kami juga sedang mengalami kecederaan. Jadi kami tidak ada sepenuh kekuatan untuk perlawanan di Malaysia.

“Sebelum ini pada 13 dan 15 Januari kami juga ada perlawanan. Ini bermakna kami tidak mempunyai masa yang betul-betul cukup untuk membuat persiapan dalam kejohanan ini.

“Saya tidak mahu menyalahkan pertahanan kerana kami bermain dalam satu pasukan, beberapa peluang juga gagal dimanfaatkan. Jelasnya kami tidak bermain dengan begitu baik pada petang ini.”

Mengenai perlawanan seterusnya, Ng Hiem menjelaskan dengan pemain yang ada beliau akan mengekalkan taktikal sedia ada.

Sementara itu Ketua Jurulatih Bangkok United, Alexander Poelking pula menjelaskan beliau berpuas hati dengan persembahan pemainnya dan gembira dengan kemenangan pertama yang diraih.

Foto: SemuanyaBOLA

“Menang dengan keputusan [3-0] adalah permulaan yang baik buat kami. Untuk langkah pertama, kami sangat gembira,” katanya kepada media.

“Saya sudah membimbing pasukan ini selama 5 tahun, bermula dari kelab ini bukanlah salah satu daripada pesaing utama untuk kejuaran liga. Dengan pemain yang ada ketika ini pasukan ini sudah jauh lebih baik dan sudah tentu kami mensasarkan untuk menjadi juara.”

Selangor akan beraksi di stadium yang sama pada jam 9.00 malam.

Kredit Foto: True Bangkok United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN