Sabtu Bakal Jadi Penentu Stadium Mana Anjur Perlawanan Piala AFF

Teka-teki mengenai lokasi stadium untuk Piala AFF 2022 hanya akan diketahui pada Sabtu ini.

Ianya disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman kepada media.

Bercakap kepada media, Azman mengakui yang terdapat sedikit kelewatan dalam mengesahkan stadium mana yang bakal dipilih untuk aksi Piala AFF menentang Laos dan Singapura.

”Sepatutnya lokasi telah pun diumumkan pada Selasa, namun kerana ada beberapa perkara lain yang perlu diambil kira, jadi terdapat kelewatan dalam pengumuman itu.

”Kamin minta sehingga hari Sabtu baru boleh pengumuman rasmi boleh dilakukan,” kata Azman.

Sebelum ini, terdapat empat stadium yang disebut-sebut untuk menggantikan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk Piala AFF 2022 nanti.

Empat stadium itu adalah Stadium Bolasepak Cheras, Stadium Hang Jebat, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Dalam masa yang sama, Azman turut memberikan bayangan stadium yang bakal dipilih mempunyai “kualiti padang yang baik” serta “lokasi tidak terlalu jauh”.

Jika dilihat pada klu yang diberikan oleh Azman, kemungkinan besar stadium di Gong Badak akan tersingkir daripada penentuan tuan rumah ini.

Ditambah dengan musim tengkujuh yang sering melanda Pantai Timur memberikan potensi besar untuk SSMZA tidak dipilih FAM.

Jika dilihat oleh faktor jarak yang dekat, Stadium Hang Jebat mempunyai peluang tinggi kerana faktor kapasiti yang lebih besar berbanding Stadium Bolasepak Cheras yang terhampir dengan SNBJ atau Wisma FAM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN