Sabah Tampil Serba Tempang Tanpa Bintang Utama Untuk Aksi Seterusnya

Skuad Liga Super, Sabah kini antara pasukan yang dihimpit dengan isu kecederaan membabitkan beberapa tonggak utama untuk menghadapi aksi seterusnya dalam persaingan yang dijangka bakal memberi cabaran buat mereka.

Jelas pengendali Sabah iaitu Datuk Ong Kim Swee, ketika ini beberapa barisan pemain utama tidak akan menyertai mereka bagi menghadapi aksi seterusnya kerana masih lagi dihantui isu kecederaan.

Antara pemain mereka yang sah masih lagi mengalami isu kecederaan ialah bintang import serangan dari Indonesia iaitu Saddil Ramdani dan Miguel Cifuentes.

Selain dua pemain tersebut, Kim Swee turut mengakui beberapa lagi tonggak lain berada dalam senarai yang mengalami kecederaan dan bakal terlepas untuk memperkukuhkan pasukan pada aksi akan datang.

“Sehingga kini, kita masih lagi mempunyai beberapa pemain termasuk Saddil Ramdani dan Miguel Ángel Garrido Cifuentes berada dalam senarai kecederaan.

“Saya harap mereka sempat pulih sebelum perlawanan bermula dan menggunakan peluang ada untuk mengutip tiga mata,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Seperti diketahui, Saddil merupakan antara tonggak penting buat Sabah sejak beberapa musim ini dalam persaingan Liga Malaysia terutama sekali daripada segi kreativiti buat pasukan itu.

Kehadiran Saddil selaku status pemain import Asia Tenggara jelas merupakan sesuatu yang sangat berbaloi buat Sabah dan gandingan beliau pertengahan musim ini bersama Ramon Machado serta beberapa lagi tonggak serangan lain sangat berkualiti.

Untuk aksi seterusnya berdepan Kuala Lumpur City (KL City), pastinya kemenangan perlu dicatat selepas Sabah teruk ditewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan penuh 1-5.

Beraksi di Likas malam ini, sudah tentu Kim Swee tidak rela untuk melihat skuad kendaliannya terus meratapi kekalahan lalu sehingga memberi kesan pada aksi berdepan KL City.

Selain itu, pasukan itu juga sebolehnya ingin mengelak daripada mencatat kekalahan demi kekalahan tidak sepatutnya yang hanya akan merugikan pasukan untuk mengumpul mata semaksimum.

“Kita ingin mengekalkan di kelompok teratas liga. Ini penting bagi memastikan apabila berakhir nanti Sabah FC berada dalam satu kedudukan yang baik,” katanya lagi.

Berdepan KL City pastinya bakal memberi cabaran getir buat Sabah kerana lawan juga sudah tentu ingin mencipta kebangkitan dan tidak rela untuk ditewaskan lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN