Sabah Tak Rela ‘Terhumban’ Lagi Ke Liga Premier

Sabah Liga Premier

Tujuh tahun ‘menanggung derita’ beraksi di Liga Premier, sudah cukup untuk menguatkan tekad pasukan Sabah untuk bermain secara bermati-matian bagi memastikan dapat menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan terbaik.

Sabah layak ke liga tertinggi bola sepak negara ini selepas muncul Juara Liga Premier pada musim lepas.

Ketua Jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto dalam kenyataannya kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menjelaskan, beliau sudah pun mengingatkan anak buahnya betapa getirnya cabaran yang bakal dihadapi.

Ini kerna saingan Liga Super musim ini telah dipendekkan kepada hanya satu pusingan sahaja dan mereka cuma tinggal tujuh baki perlawanan dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pemain.

“Kami tidak akan memilih perlawanan tertentu dalam meraih kemenangan sebaliknya akan fokus daripada satu perlawanan ke satu perlawanan dan menganggap semua lawan yang kami akan tentang adalah sama.

“Apa paling penting, pemain kena cepat kembali mendapatkan fokus sebelum liga bersambung kerana aksi selepas ini begitu padat selain mereka perlu bersedia dari segi fizikal serta mental untuk saingan yang bakal diharungi,” kata Kurniawan.

Selepas mengharungi empat perlawanan, kedudukan Sabah di carta liga kini agak baik dengan mengumpul lima mata di tangga keempat.

Untuk baki tujuh perlawanan yang akan diharungi, skuad Tambadau akan berdepan Selangor, Melaka dan UiTM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Untuk aksi di tempat lawan, mereka dijadualkan bertemu Terengganu FC (TFC), PJ City FC, Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Sabah:

Leave a Reply