Malam ini Sabah bakal menghadapi pasukan dari Liga Premier iaitu Kelantan United dalam aksi pusingan kedua Piala FA musim 2022 di Stadium Likas.
Setelah mempamerkan aksi yang baik sewaktu menentang Kedah, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee pastinya ingin meneruskan momentum mereka ketika berdepan Kelantan United bagi melangkah lebih jauh dalam saingan tersebut musim ini.
Hari perlawanan! 🏆
Saingan Pusingan Kedua Piala FA 2022 bermula malam ini! 🤩
Saksiksn siaran langsung di unifiTV 701 & 702, unifi playTV dan YouTube unifi.#PialaFA2022 pic.twitter.com/BHQm8AoSO3
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 13, 2022
Amri Yahyah pastinya antara individu penting bakal diberi peranan untuk merobek gawang gol lawan setelah pemain ini menunjukkan rentak permainan menakjubkan ketika bertemu Kedah pada perlawanan lalu sehingga berjaya mencatat hatrik.
The ‘Wak Am’ show. 🎩 🪄 pic.twitter.com/7uyBNu6dsb
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) April 25, 2022
Walaupun bakal turun tanpa kelibat penyerang import mereka iaitu Neto Pessoa disebabkan pemain tersebut masih lagi kurang cergas, Kim Swee percaya anak buahnya yang lain mampu menggalas tugas dengan baik bagi perlawanan malam ini.
Setakat ini, para pemain Sabah berada dalam tahap kecergasan yang baik untuk dibawa beraksi selain motivasi mereka juga sangat baik untuk melakar kejayaan mengatasi Kelantan United.
“Kita anggap perlawanan malam esok adalah sangat penting meskipun semua maklum pasukan Kelantan United FC kini bermain dalam Liga Premier namun Sabah FC tidak boleh mengambil mudah.
“Apabila pasukan Liga Premier menentang Sabah FC mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempamerkan mutu persembahan terbaik sekaligus ingin membuktikan mereka juga boleh bersaing dengan kelab-kelab Liga Super di negara ini.
“Kita tidak mahu pemain Sabah FC mengambil mudah pada perlawanan malam esok.. Semua pemain perlu menunjukkan kesungguhan mereka malam esok lebih-lebih lagi apabila bermain di gelanggang serta dihadapan penyokong sendiri,” katanya menerusi laman web rasmi Sabah.
Dalam masa sama, Kim Swee turut kehilangan seorang lagi pemain import Sabah iaitu Saddil Ramdani. Pemain tersebut kini bersama skuad bawah 23 (B-23) Indonesia di Hanoi, Vietnam bagi aksi Sukan SEA.
“Namun begitu kesebelasan utama hanya akan kita ditentukan sebelum sepak mula malam esok. Jangan risau kita mempunyai banyak pilihan pemain. Kita harus memikirkan beberapa faktor serta tujuan untuk kita bermain bagi memastikan Sabah FC dapat melangkah ke peringkat seterusnya,” katanya.
Selain itu, harapan Kim Swee juga terletak buat para penyokong agar mampu hadir ke stadium untuk memberi sokongan padu buat para pemain Sabah dan menaikkan motivasi pasukan.
“Sabah FC memerlukan sokongan serta sorakkan daripada penyokong pada malam esok. Ini kerana perlawanan menentang Kelantan United FC adalah siri kalah mati sekali gus memastikan Sabah FC dapat melangkah ke perlawanan seterusnya kelak,” katanya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!