Sabah, Kedah & Penang Antara Pasukan Yang Belum Berani Guna Pemain B-23

Sabah Kedah Penang pemain B-23 tiada

Hanya tiga pasukan di saingan Liga Super 2023 yang belum berani untuk menurunkan pemain-pemain berusia bawah 23 tahun (B-23) selepas melalui tiga pelawanan liga iaitu Kedah Darul Aman, Sabah dan Penang.

Daripada 14 pasukan yang bersaing di musim pertama selepas Liga Super direvolusikan, hanya tiga pasukan ini yang tegar dengan pemain senior.

Seperti yang kita ketahui, pertandingan Piala MFL telah diperkenalkan untuk pemain-pemain B-23 setiap pasukan bersaing, namun ia tidak sesekali menghalang peluang mereka untuk memecah masuk ke skuad utama.

Sabah mungkin berada di prestasi terbaik dalam tiga perlawanan, namun untuk Kedah dan Penang, mereka masih belum menemui rentak terbaik.

Prestasi kurang ‘umphh’ sebab tiada pemain muda?

The Rhinos belum tewas dalam tiga perlawanan menandakan yang pilihan untuk tidak menurunkan pemain B-23 bukanlah satu masalah buat mereka.

Kedah juga masih boleh dikatakan sederhana dan hanya bergelut dengan penyudah jentera serangan dan perkara yang sama juga buat Penang.

Jadi, kenapa mereka tidak bereksperimen dengan pemain-pemain muda yang mungkin boleh memberikan dimensi berbeza kepada permainan?

Untuk melakukannya, mungkin mereka memerlukan kualiti pemain muda yang mampu bersaing di peringkat tertinggi saingan Liga Malaysia. Jika tidak, mungkin mereka akan menerima nasib seperti pasukan Perak.

Perak setakat ini berada di kelompok dasar liga dengan mengumpul hanya dua mata daripada dua keputusan seri dan satu kekalahan. Dan mereka adalah pengguna tertinggi pemain berusia bawah 23 tahun – 10 orang.

Jadi, untuk mengatakan ia berpunca daripada tidak menggunakan pemain muda, ia adalah kenyataan kurang relevan. Sabah dan Perak adalah contoh.

Setiap pasukan miliki stok pemain B-23 yang ramai

Apa yang jadi halangan utama ketiga-tiga pasukan untuk menggunakan pemain B-23? Adakah mereka kekurangan bakat muda untuk diturunkan?

Setiap pasukan memiliki ramai pemain B-23 dengan kewujudan skuad B-23 yang kali pertama diperkenalkan musim ini bagi saingan Piala MFL.

Malah, untuk pasukan seperti Kedah, mereka telah membawa masuk 13 graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sekitar September tahun lalu. Sepatutnya mereka memiliki lambakan pemain-pemain muda berkualiti.

Jadi, pilihan yang berada di tangan mereka amatlah ramai. Mengapa tidak dicuba waima seorang dalam satu-satu perlawanan? Mungkin mereka risau impak yang boleh terjadi kepada pasukan jika ia dilakukan tergesa-gesa.

Lagipun, Malaysian Football League (MFL) sudah memperkenalkan kejohanan untuk kelompok pemain-pemain muda ini iaitu Piala MFL.

Seperti kes Perak, mereka telah menggunakan 10 pemain B-23 dengan tujuh daripadanya pernah berada dalam kesebelasan utama. Jadi, adakah tindakan pengendali, Datuk Lim Teong Kim terlalu tergesa-gesa? Kerana, mereka kini lebih dikenali sebagai pasukan pengumpul kad merah.

Selangor, Terengganu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan adalah yang kedua paling berani mengetengahkan pemain B-23 dalam kesebelasan utama. Sebanyak tiga pemain telah digunakan mereka selepas tiga aksi.

Dan ketiga-tiga pasukan ini juga yang menerajui takhta sebagai tapak untuk pemain B-23 bermain di Liga Super selain Perak apabila lapan pemain telah digunakan oleh Selangor, Terengganu (5) serta Kelantan dan JDT (4).

Barangkali terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan tentang alasan mengapa mereka masih tegar dengan pemain-pemain senior. Prestasi pasukan juga tiada kaitan dengan jumlah pemain senior atau B-23.

Tetapi, berdasarkan statistik yang diketengahkan oleh laman Twitter, Youth Football Malaysia yang diambil daripada portal Competition Management System (CMS) yang diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ini, kita dapat melihat kecenderungan awal pasukan-pasukan di Liga Super.

Malah, tambah menarik, hanya lima pasukan tampil berani menurunkan pemain B-20 iaitu Perak, Selangor, KL City, Sri Pahang dan Kuching City.

Jadi, bilakah agaknya kita akan dapat melihat pasukan seperti Sabah, Kedah dan Penang menurunkan pemain B-23 di pentas Liga Super?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN