Sabah nampaknya terlebih dahulu mendapat ujian pertama sebelum meneruskan aksi Liga Super 2024/2025 seterusnya membabitkan pasukan itu menentang cabaran Selangor pada malam ini.
Apa tidaknya, laporan menyatakan skuad The Rhinos kehilangan empat pemain utama yang menjadi tulang belakang kekuatan pasukan tersebut sebelum itu untuk menghadapi skuad kendalian Nidzam Jamil.
Terdahulu, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee ini berjaya meraih kemenangan cukup menyakinkan di Temerloh selepas mereka mengetepikan Sri Pahang menerusi keputusan 3-2.
Momentum tersebut sudah tentu ingin diteruskan pada aksi hari ini oleh Sabah, apatah lagi mereka berkelebihan bermain di laman sendiri yang sudah tentu akan mendapat sorakan padu para penyokong The Rhinos.
Walaupun begitu, siri kecederaan masih lagi menghimpit pasukan tersebut dengan empat pemain tonggak mereka terpaksa diketepikan pada perlawanan malam ini.
Jelas Kim Swee, aksi malam ini bakal berlangsung dengan Sabah terpaksa mengetepikan Gabriel Peres, Park Taesu, Migurl Cifuentes, serta bintang Harimau Malaya iaitu Stuart Wilkin.
Melihat kepada perkara yang berlaku itu, Kim Swee yakin Selangor bakal manfaatkannya untuk meraih mata walau beraksi di gelanggang lawan.
“Bagi Sabah, kemenangan (jaringan 2-3) menentang Sri Pahang FC di Temerloh tempoh hari (Jumaat lepas) sangat positif untuk kita bersiap sedia memberikan tentangan hebat kepada Selangor malam ini.
“Kita tahu Selangor mendapat kemenangan ketika beraksi di luar sebelum ini dan layak ke final Piala FA, jadi sudah pasti ia akan memberikan cabaran yang cukup sengit beraksi di Kota Kinabalu,” kata beliau menerusi laporan BERNAMA.
Kedudukan semasa kini menyaksikan Sabah berada di tangga keempat setelah memperoleh 13 mata daripada tujuh perlawanan, sementara Selangor pula di tangga kedua menerusi 16 kutipan mata hasil lapan perlawanan telah dilalui.
Pada masa sama, Kim Swee mahu Sabah tidak memandang rendah akan keupayaan lawan serta mahu para pemain tampil bersedia untuk mengharungi aksi menentang Selangor.
“Kita tahu berdasarkan rekod, Sabah mempunyai kelebihan bermain di gelanggang sendiri berikutan sokongan padu daripada penyokong.
“Apa yang penting semua pemain perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sekali gus memberikan komitmen penting untuk mencapai keputusan positif malam esok,” kata belia