Sabah Buru Pemain Import Baharu

Sabah

Selepas tersingkir di peringkat kumpulan dalam kempen kejuaraan Piala Malaysia musim ini, pasukan Sabah mengambil langkah awal bagi memantapkan barisan pemain mereka termasuk membawa masuk pemain import baharu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony  mengatakan, mereka akan memanfaatkan slot pemain import yang telah diperuntukkan kepada pasukan Liga Super.

Beliau yang ditemubual oleh wartawan dan pemberita selepas perlawanan antara Sabah dan Perak di Stadium Likas malam tadi menjelaskan langkah itu adalah keperluan untuk memperkuatkan bahagian pertahanan dan serangan.

Kredit Foto: Sabah FA

“Kita lihat sendiri Sabah kini mengalami kelonggaran di bahagian pertahanan dan serangan. Oleh itu sudah tentu kita akan mencari pemain yang lebih baik dan berkualiti untuk memastikan kita dapat bersaing sengit dengan pasukan lain dalam Liga Super.

“Perkara untuk membawa pemain import baharu ini sudah dibincangkan di peringkat pengurusan dan kita telah mengintai beberapa pemain yang berkualiti untuk dibawa masuk dalam pasukan ‘Tambadau’,” katanya lagi.

Peter yang juga merupakan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) memaklumkan pemain import baharu yang akan dibawa masuk tidak semestinya yang berada di luar negara sahaja. Ada pemain yang sudah pun bermain di Malaysia termasuk pemain naturalisasi.

Beliau juga tidak menolak perancangan untuk mengadakan beberapa perlawanan persabahatan sama ada di dalam atau di luar negara sebagai pendedahan kepada pemain skuad mereka untuk menimba pengalaman.

Pada awal musim ini, Sabah telah membawa masuk pemain tengah dari Serbia, Luka Milunovic, pertahanan Korea Selatan, Park Tae Su dan bekas penyerang Brazil B-17, Luiz Junior. Mereka mengekalkan penyerang dari Serbia, Rodoljub Paunovic.

Kredit Foto: Sinar Harian

Pada pertengahan musim, The Rhinos mengikat bekas penyerang kebangsaan Angola, Aguinaldo Mendes Veiga dan pemain tengah dari Turkmenistan, Ahmet Atayev bagi menggantikan Luka Milunovic dan Luiz Junior.

Mengulas mengenai prestasi skuad kendalian Julius Ating itu dalam saingan Piala Malaysia, Peter tetap menghamburkan pujian kepada pemainnya kerana telah bermain dengan baik dan mempamerkan semangat juang yang tinggi sekaluipun tidak layak ke peringkat seterusnya.

“Saya tetap berbangga dengan barisan pemain yang mempunyai semangat kental dan sebenarnya kita tidak meletakkan apa-apa sasaran dalam saingan Piala Malaysia kerana sasaran kita sebelum ini untuk memasuki saingan Liga Super telah tercapai dan apa yang lebih membanggakan kita menjadi juara Liga Premier 2019.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN