Sabah Berpeluang Besar Untuk Jadikan Perak Sebagai Mangsa Amukan Seterusnya

Sabah bakal menghadapi aksi Liga Super 2023 seterusnya dengan pertemuan malam ini membabitkan pasukan tersebut menentang cabaran Perak di gelanggang lawan.

Tampil dengan momentum cukup tinggi sejak beberapa perlawanan lalu tanpa tewas, Sabah dijangka mampu untuk terus berpesta gol pada perlawanan malam ini mengatasi pasukan tuan rumah.

Bukan untuk menidakkan cabaran tuan rumah, tetapi prestasi Sabah kini cukup menyakinkan daripada segenap aspek terutama sekali menerusi posisi serangan mereka semakin tajam.

Tampil dengan beberapa perubahan kecil pada pertengahan musim ini, Sabah jelas semakin menonjol di posisi serangan mereka khususnya selepas penyerang import baharu, Ramon Machado menyertai pasukan tersebut.

Bukan sahaja garang di Liga Super, sebaliknya pasukan tersebut juga mempamerkan prestasi cukup konsisten dalam saingan AFC peringkat Kumpulan H.

Sabah kini layak untuk mara ke pusingan seterusnya selepas pasukan tersebut muncul selaku juara kumpulan hasil empat kemenangan diraih daripada lima perlawanan dilalui.

Menerusi momentum kejayaan tersebut, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dilihat tidak mempunyai masalah besar untuk perlawanan hari ini bertemu Perak.

Malah, jika Kim Swee merehatkan beberapa tonggak utama juga langsung tidak menjejaskan pasukan kendaliannya kerana beliau masih memiliki ramai pemain berkualiti di bangku simpanan.

Berbanding Perak, pasukan tersebut masih segar dengan kekalahan besar sebelum ini di tangan Selangor bersama aksi dipamerkan tidak konsisten.

Walaupun pasukan tersebut kini semakin berkembang daripada segi corak permainan, kelemahan ketara Perak setakat ini terarah kepada kualiti para pemain untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Berkelebihan beraksi di laman sendiri, skuad kendalian Yusri Che Lah mungkin akan tampil lebih menyakinkan menerusi sorakan ramai para penyokong mereka sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.

Kualiti pemain seperti Luciano Guaycochea, Sunday Afolabi, Wan Zack Haikal, dan beberapa lagi tonggak senior amat ditagih untuk membantu anak-anak muda Perak tampil lebih bagus pada perlawanan ini.

Apapun, dijangka aksi bakal tampil lebih sengit jika Perak mampu mengimbangi kekuatan pasukan pelawat terutama di bahagian tengah sepanjang aksi 90 minit berlangsung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN