Sabah Bakal Terlepas Gengaman ‘Tiket’ Ke Asia Lepas 13 Minggu Tak Tergugat?

Sabah FC terlepas ke Asia 2022

Selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) layak ke AFC Champions League (ACL), kini dua lagi tiket ke Asia jadi rebutan dan Sabah FC antara yang terlibat.

JDT layak ke ACL 2023 selepas muncul juara Liga Super 2022 dan mereka kekal sebagai wakil tunggal Malaysia ke saingan ACL seperti edisi 2022.

Selepas JDT menjuarai kempen Piala FA tempohari, tumpuan beralih ke kedudukan kedua dan ketiga liga bagi menentukan wakil Malaysia untuk dua tiket ke Piala AFC. Namun, terdapat persaingan tiga penjuru untuknya.

Sabah FC, Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC kini bersaing sengit dengan kedudukan mata yang sangat dekat. Sabah ketika ini mengumpul 42 mata, diikuti Terengganu dan Negeri Sembilan yang berkongsi 41 mata.

Sementara dua wakil edisi kali ini, KL City FC dan Kedah Darul Aman pula berada di belakang mereka, namun sudah tidak mampu untuk mengejar.

Begitupun, menariknya, KL City ketika ini berada di pentas final Piala AFC 2022 dan bakal membuat perhitungan terakhir dengan wakil Oman, Al-Seeb.

Berbaki hanya satu perlawanan, pasukan mana bakal terlepas tiket ke Asia kali ini? Perancangan yang lebih teliti diperlukan agar tiket ke sana terjamin.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ini tidak pernah jatuh dari kedudukan ‘top 3’ sejak minggu ke-9 dan menjadi calon hangat untuk mara ke Piala AFC. Bersedia atau tidak untuk mereka terlepas ‘tiket’ yang sudah berada di gengaman mereka sejak sekian lama? Perlawanan mereka agak mencabar.

Baki satu perlawanan, Sabah bakal berdepan juara yang sudah dinobatkan, JDT di laman lawan, Stadium Sultan Ismail – pertembungan puncak liga.

Jika mereka tewas sementara Terengganu dan Negeri Sembilan menang, terang lagi bersuluh, mereka bakal melepaskan ‘tiket’ di saat-saat akhir.

Sudah 13 minggu mereka tidak terkeluar daripada kedudukan tiga teratas liga, namun saingan sengit daripada Terengganu dan Negeri Sembilan telah menyebabkan perebutan melibatkan tiga penjuru hingga ke minggu akhir.

Bagaimana agaknya rekod Sabah tatkala berdepan Harimau Selatan?

Sejak kembali ke Liga Super pada musim 2020, Sabah belum pernah menang ke atas JDT. Mereka tewas dalam empat pertembungan dengan keputusan pusingan pertama musim ini adalah rekod terbaik apabila tewas tipis 1-2. Mereka pernah tewas besar, 1-4 pada musim 2020 dan 2021.

Dalam pertembungan Piala Malaysia 2021, mereka tewas dalam dua pertembungan peringkat kumpulan. Tiada gol mampu dilakar dalam kedua-dua aksi yang menyaksikan ‘The Rhinos’ tumbang 0-2 dan 0-3.

Sementara dalam Piala FA 2018, Sabah dan JDT bertemu di pusingan kedua yang menyaksikan mereka hampir menang ke atas lawan mereka itu, namun ledakan Luciano Figueroa dan Gonzalo Cabrera muncul sebagai penyelamat selepas perlawanan berlanjutan hingga ke masa tambahan.

Jadi, apa peluang mereka dalam pertembungan ini? Rekod lebih memihak kepada JDT dan tentunya Harimau Selatan tidak mahu mencalarkan rekod tanpa kalah dan mahu melakar rekod itu buat kali kedua selepas 2016.

Jika aksi berakhir dengan keputusan seri, Sabah tetap berisiko terlepas tiket untuk terbang ke Asia. Jadi, mahu tidak mahu, mereka tetap perlu menang.

Terengganu akan berdepan cabaran Kedah, sementara Negeri Sembilan pula berdepan Sri Pahang – kedua-dua aksi adalah di halaman lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN