Saat Malaysia Juarai Piala AFF Suzuki 2010 Akan Dikenang, Kini Ia Dikenali Piala AFF Mitsubishi Electric

AFF Suzuki 2010 Malaysia juara Piala AFF 2022 baharu

Sepanjang Suzuki menjadi penaja saingan Piala AFF sejak 2008, Malaysia pernah sekali menjulang kejuaraan iaitu pada edisi 2010 di mana Malaysia berhasil menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat di pentas akhir.

Thailand dilihat unggul dengan tiga kejuaraan yang diraih pada edisi 2014, 2016 dan 2020, sementara Vietnam pula pada edisi 2008 dan 2018. Singapura turut melakar sejarah menjadi juara sekali iaitu pada edisi 2012.

Namun, selepas 14 tahun bekerjasama dan bakal memasuki edisi ke-14 pada Disember depan, Konfederasi Bolasepak Asean (AFF) telah pun memuktamadkan syarikat pembuatan peralatan elektronik dan elektrik terkemuka, Mitsubishi Electric sebagai penaja baharu kejohanan dwi-tahunan itu bermula pada edisi 2022.

Dengan itu, edisi 2020 yang dijalankan selama hampir sebulan bermula Disember 2021 telah menjadi edisi terakhir yang ditaja oleh Suzuki. Singapura merupakan tuan rumah untuk edisi terakhir tajaan syarikat itu dan Thailand telah diangkat sebagai juara selepas membenam Indonesia di pentas final dengan agregat 6-2.

Presiden AFF, Khiev Sameth dipetik berkata yang beliau gembira kejohanan ini mendapat penaja baharu.

“Kerjasama ini adalah penanda aras dan bakal menjadi era baharu Piala AFF Mitsubishi Electric dan saya amat berkeyakinan bahawa kita boleh melonjakkan kejohanan ini ke tahap yang lebih tinggi dan bersama-sama memartabatkan bola sepak di rantau ini.

“Dengan saingan Piala AFF akan memasuki edisi ke-14 selepas ini, kita mesti terus berinovasi dan memulakan langkah untuk menghadapi cabaran di masa akan datang.”

Tuan rumah untuk edisi 2022 masih belum dimuktamadkan. Hanya dinyatakan bahawa format lama kejohanan iaitu format aksi di laman sendiri dan di laman lawan di peringkat separuh akhir dan akhir bakal dikembalikan.

Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, kejohanan ini telah tertunda sebanyak dua kali dan akhirnya diputuskan untuk dilangsungkan secara berpusat di Singapura. Format asalnya turut diubah penganjur.

Begitupun, menurut wakil pemegang hak komersial eksklusif AFF, SPORTFIVE, Malcolm Thorpe, edisi lalu dilihat sangat berjaya apabila ia berjaya menarik rating yang tinggi dengan meraih lebih 260 juta tontonan televisyen dengan melakar lebih 657 juta capaian di media sosial serta meraih merekodkan dua bilion ‘impressions’.

Piala AFF Suzuki kini hanya tinggal sejarah, namun Malaysia pernah melakar sejarah dan fenomenanya yang tersendiri saat menjulang kejuaraan di edisi 2010. Malah di edisi 2014, Harimau Malaya juga hampir mengulangi pencapaian tersebut, namun berjaya dihalang Thailand di perlawanan akhir dengan keputusan agregat 4-3.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN