S. Balachandran Pengendali Baharu Skuad B-23 Negara

Teka-teki mengenai pengganti Datuk Ong Kim Swee yang telah meninggalkan jawatan ketua jurulatih skuad B-23 negara pada November lepas akhirnya terjawab setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan penolong jurulatih Harimau Malaya, S. Balachandran bakal dilantik sebagai pengendali baharu.

Presiden FA, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataannya kepada Berita Harian mendedahkan, nama Balachandran atau lebih dikenali sebagai Bala akan dicadangkan sebagai calon utama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan, sementara pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe akan bertindak memantau latihan skuad muda negara itu.

Kenyataan tersebut sekaligus menamatkan segala spekulasi memandangkan sebelum ini beberapa nama telah dikaitkan dengan pemilik ‘kerusi panas” berkenaan.

“Pertama, skuad bawah 23 tahun tiada perlawanan (tiada kejohanan besar) tahun ini, mereka ada kelayakan tahun depan tetapi saya ingin mencadangkan dengan jawatankuasa pasukan kebangsaan untuk lantik penolong jurulatih Harimau Malaya.

“Selepas berbincang dengan Persatuan Bolasepak Jepun (JFA)  beberapa kali sebelum ini, kita mungkin akan guna khidmat  penolong jurulatih Cheng Hoe dari skuad senior untuk menjadi ketua jurulatih bawah 23 dan Cheng Hoe akan pantau latihan pasukan itu.”

Balachandran sebelum ini pernah membimbing skuad B-16 tahun negara sebelum meletakkan jawatannya pada 2014 selepas pasukannya tewas 2-1 kepada Australia di peringkat suku akhir kelayakan Piala Dunia B-17.

Kredit Foto: FAM

Beliau kemudian kembali ke pangkuan FAM pada Februari 2018 apabila dilantik sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan bersama Aminuddin Hussin untuk membantu Cheng Hoe.

Dalam pada itu, Hamidin turut ditanya mengenai isu keselamatan melibatkan skuad Harimau Malaya yang dijadualkan akan berdepan Bahrain untuk perlawanan persahabatan sebelum bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac ini.

Beberapa pasukan di Eropah bertindak membatalkan siri lawatan dan latihan di negara arab berikutan ketegangan yang berlaku melibatkan beberapa negara di Timur Tengah.

“Kita sudah dapat surat dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). Setakat ini, masih dibenarkan (untuk bermain di sana,” katanya

FAM sebelum ini sudah pun memaklumkan pihaknya akan sentiasa mengikuti perkembangan di sana secara dekat dan mereka menyerahkan kepada pihak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menentukan apa yang terbaik untuk keselamtan semua pihak.

Kredit Foto: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN