Ryan Giggs Sasar Untuk Bantu Pemulihan Gareth Bale

Sebagai seorang senior, sudah pasti ada sesuatu yang perlu dilakukan untuk membantu sang junior. Apatah lagi kini menjawat sebagai pengurus skuad kebangsaan.

Itulah yang dilontarkan oleh Ryan Giggs, pengurus Wales sekarang. Beliau melahirkan hasrat untuk membantu Gareth Bale yang mengalami kecederaan.

Pengalaman

Ryan Giggs ingin berkongsi bagaimana beliau menangani masalah kecergasan kepada pemain Real Madrid itu. Gareth Bale telah terlepas beberapa aksi penting untuk negaranya.

Ini termasuklah aksi perlawanan kelayakan ke Piala Dunia 2018. Ketiadaan beliau telah merencatkan perjalanan Wales ke kejohanan itu.

Dalam aksi domestik pula, Gareth mengalami pelbagai kecederaan dalam musim ini. Real Madrid hanya menurunkan hanya 6 kali dalam kempen musim ini.

Yoga

Salah satu rahsia Ryan Giggs ialah beliau mengamalkan yoga. Amalan itulah menyebabkan beliau mampu bertahan dalam karier cukup panjang di Old Trafford.

Selain itu, beliau menjalani latihan yang agak agresif pada hari latihan. Cuma, apabila sewaktu hari perlawanan, Ryan Giggs hanya melakukan latihan ringan.

Malah beliau mengatakan, beliau mahu Gareth Bale cergas dan dapat beraksi untuk Wales. Tetapi, kata-katanya itu tidak ditujukan kepada Gareth sahaja.

Ia sebenarnya ditujukan kepada keseluruhan pemain yang bakal mewakil Wales. Di bawah kendaliannya.

Mungkin akan ada pemain Wales akan menerima ‘hairdryer treatment’ selepas ini? Maklumlah, Ryan Giggs bekas protege bagi Sir Alex Ferguson!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN