Ryan Giggs dan Paul Scholes akan terlibat dalam satu projek bernilai £100 juta untuk membantu salah sebuah negara dari rantau ASEAN, Vietnam menuju impian ke Piala Dunia.
Kedua-dua bekas bintang Manchester United itu telah menandatangani kontrak untuk menyertai sebuah Akademi Bola Sepak PVF yang akan berpusat di Hanoi, Vietnam. Akademi bola sepak berkenaan adalah sebahagian daripada projek mega Vietnam untuk memastikan negara tersebut menjadi sebahagian daripada peserta Piala Dunia 2030.
Giggs telah dilantik sebagai Pengarah program, dan akan dibantu oleh bekas rakan sepasukan di Old Trafford, Scholes di pusat yang direka khas untuk menyamai apa yang dimiliki oleh England FA di St. George’s Park.
Giggs dan Scholes dijangka akan sering berada di Vietnam untuk membantu menjayakan projek berkenaan yang pada masa kini diselia oleh bekas Pengarah Bola Sepak Leicester City, Terry Robinson.
Projek tersebut dibangunkan oleh sebuah syarikat antarabangsa Red Strike Marketing, yang dimiliki oleh seorang usahawan Ireland iaitu Mike Farnan. Akademi berkenaan mampu menampung sehingga 300 pemain dari peringkat umur bawah 9 tahun, sehingga ke peringkat umur bawah 18 tahun.
Objektif utama penubuhan akademi berkenaan ialah untuk mempertingkatkan kualiti bola sepak di Vietnam, setelah melihat skuad bawah 20 tahun negara ASEAN berkenaan beraksi di Piala Dunia B-20 pada Jun lalu.
Pelan jangka masa panjang Red Strike Marketing ialah untuk menjadi sebahagian daripada konsortium yang berpengkalan di negara Asia untuk menganjurkan kejohanan Piala Dunia secara bersama.
Irish businessman Mike Farnan’s company Red Strike Marketing has masterminded the academy which has been built for 300 youngsters from under-9s to under-18s.
Pada hari ini Vietnam menduduki ranking ke-125 dunia dalam kedudukan FIFA dan akademi ini adalah harapan mereka untuk masa depan. Turut disokong oleh syarikat VinGroup yang sememangnya sudah mencipta nama di negara berkenaan, Vietnam mahu memastikan aksi di Piala Dunia 2030, apabila jumlah penyertaan turu dipertingkatkan kepada 48 pasukan.
Farnan yang sebelum ini pernah berperanan sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Antarabangsa Manchester United berkata:
“Ryan (Giggs) dan Paul (Scholes) mempunyai minat mendalam di dalam aspek pembangunan bola sepak, kerana bakat kedua-dua mereka juga dibangunkan daripada sistem akademi bola sepak yang bagus.”
“Peranan Ryan dan Paul sangat penting untuk dijadikan inspirasi dan juga rujukan kualiti yang mereka perlu dicapai oleh 300 anak muda di dalam akademi ini.”
Selepas 4 hari berada di Vietnam bersama-sama pelatih di dalam akademi ini, Giggs dan Scholes ternyata kagum dengan kualiti pemain sedia ada, dan berpendapat pusat latihan di PVF merupakan antara fasiliti terbaik yang pernah mereka lihat di dunia.