Ruventhiran: “Kami Akan Lakukan Segalanya Untuk Cipta Kemenangan”

Pertahanan Malaysia bawah 23 (B-23), V. Ruventhiran menjadi antara pemain negara yang kini sedang sibuk dalam mengharungi persiapan sebelum aksi terakhir peringkat Kumpulan H kelayakan Piala Asia B-23 2024 menentang Thailand.

Malaysia kini perlu mencipta keputusan positif, dalam usaha untuk menjadi juara peringkat kumpulan untuk melayakkan diri ke saingan Piala Asia B-23 2024 selepas cemerlang mencatat dua kemenangan berturut-turut sebelum itu.

Malah, mereka tampil dengan sangat cemerlang pada aksi lalu ketika berdepan cabaran Filipina selepas merekodkan kemenangan besar 4-0 ke atas lawan bersama corak permainan sangat menyakinkan.

Ruventhiran yang menjadi antara kunci utama kekuatan Malaysia sebelum itu mengakui mereka sudah menjalankan tugas dengan baik pada dua aksi lalu dan menganggap ianya sebagai persediaan terbaik bagi mengharungi perlawanan besar ini.

“Kami mencipta keputusan yang sangat baik untuk dua perlawanan lepas dan ianya seperti kami mencipta persediaan untuk mengharungi aksi besar akan datang.

“Jadi kami merasakan ianya perlawanan cukup penting untuk diharungi sebagai wakil Malaysia ianya merupakan derbi sangat besar, maka kami mahu melakar kemenangan aksi tersebut serta hari ini merupakan kali terakhir persiapan dibuat dan kami akan lihat bagaimana percaturan ingin ditetapkan para kejurulatihan.

“Kami fikir, jurulatih sudah pun memikirkan cara untuk membantu kami meraih kemenangan, Thailand merupakan pasukan seperti diketahui dan saya pernah menang pada saingan AFF lalu mengatasi mereka, pastinya penyokong fanatik Malaysia ingin kami mengulanginya lagi.

“Jadi kami akan melakukan segalanya untuk mencipta kemenangan dan tolong sokong kami untuk perlawanan ini walau dimana anda semua berada.

Pada masa sama, pertahanan kental Selangor ini juga menyatakan momentum Malaysia kini berada dalam keadaan sangat konsisten selain langsung tidak dibolosi sejak dua perlawanan lalu.

Walaupun begitu, beliau menyatakan ianya masih cukup ketika aksi berdepan Filipina, dan mereka memerlukan segalanya dengan lebih baik untuk berdepan cabaran besar Thailand hari esok.

Beliau juga turut menyatakan situasi semasa rakan sepasukan lain berada dalam keadaan baik dengan persefahaman dicipta dan Ruventhiran berharap agar momentum itu dikekalkan untuk aksi esok.

“Sesiapa yang menonton perlawanan hari esok, jangan bimbang walaupun kami kami kini berada dalam situasi sedikit tertekan, tetapi teruskan sokongan buat kami termasuk mereka yang berada berdekatan lokasi perlawanan esok untuk hadir memberi galakan dan kami akan buat terbaik untuk negara,” kata Ruventhiran.

Kami di Semuanya BOLA berharap supaya Malaysia B-23 dapat melakar keputusan positif pada hari esok demi menjulang nama baik negara di pentas Asia tahun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN